Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Suhu Meningkat Beri Kesan Pada Tidur Penduduk Dunia, Wanita Antara Paling Terkesan

Suhu Meningkat Beri Kesan Pada Tidur Penduduk Dunia, Wanita Antara Paling Terkesan

Diterbitkan Mei 26, 2022 · Dikemas kini Mei 26, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kajian terbaru mendapati bahawa tempoh tidur penduduk seluruh dunia semakin pendek akibat daripada suhu yang tinggi.

Kajian ini mengutip data daripada penjejak kesihatan (wristband) yang dipakai oleh lebih 47,000 pengguna daripada 68 negara dengan rekod 7 juta data tidur.

Kekurangan tidur sering dikaitkan dengan penurunan prestasi kognitif, produktiviti yang mengurang, fungsi imun yang terjejas, hasil kardiovaskular yang buruk, kemurungan, kemarahan, dan kecenderungan untuk membunuh diri.

Suhu Meningkat Beri Kesan Pada Tidur Penduduk Dunia, Wanita Antara Paling Terkesan

Suhu persekitaran yang tinggi juga terkait dengan kualiti tidur.

Penyelidik juga merumuskan bahawa mereka yang paling terkesan ialah golongan wanita, warga emas dan penduduk negara berpendapatan rendah.

Kesan kenaikan 1°C pada golongan tua adalah lebih 2x ganda lebih berbanding kumpulan usia lain.

Untuk individu miskin pula, mereka terkesan hampir 3x ganda berbanding individu di negara kaya.

Dari segi jantina pula, kesannya lebih ketara terhadap wanita daripada lelaki.

Antara keputusan yang mereka temui ialah pada malam bersuhu lebih 30°C, tempoh tidur berkurang sebanyak 14 minit.

Menurut sains, badan manusia lebih mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling untuk tidur dalam keadaan sekeliling yang sejuk berbanding panas.

Menjelang 2099, setiap orang mungkin hilang 50–58 jam waktu tidur setahun jika keadaan ini berterusan.

Anda boleh baca kertas kajian tersebut di sini.

Baca juga:

  • Kajian: Cas Telefon Dalam Bilik Tidur Punca Obesiti Dan Diabetes
  • Paras Karbon Dioksida Dunia Mencapai Paras Tertinggi Dalam Sejarah
  • Akibat Suhu Lebihi Paras Normal, Dunia Saksikan Ais Antartika Seluas Bandar Los Angeles Runtuh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY