Pengguna CIMB Clicks Perlu Hubungi Bank Untuk 'Log In' Pertama Kali Di Telefon Baru, Kuat Kuasa Hari Ini

Mulai hari ini iaitu 26 Disember 2022, kesemua pengguna CIMB Clicks dan CIMB OCTO yang log masuk menggunakan peranti baharu perlu mengesahkan diri melalui panggilan ke bank.

Ringkasnya, jika anda tukar telefon atau guna telefon baru, maka anda akan perlu telefon pihak Bank terlebih dulu. Ia terpakai pada kedua-dua kategori iaitu pelanggan baru mahupun lama.

{suggest}

Ini adalah untuk memastikan bahawa pemilik akaun yang log masuk CIMB Clicks/CIMB OCTO melalui peranti baharu. Ya, ia merupakan salah satu usaha untuk membanteras kes penipuan yang semakin kerap terjadi sekarang.

Apabila anda cuba log masuk, anda perlu menghubungi khidmat pelanggan CMB di talian 03-6204 7788. Selain itu, bank juga akan cuba menghubungi anda dalam masa 24 jam selepas mendapat akses.



Jika anda tidak dapat dihubungi dalam 24 jam atau proses pengesahan tertangguh, maka ID CIMB Clicks anda akan dinyahaktifkan.

Sebelum Jun 2023, CIMB merancang untuk menambah baik ciri ini di mana akan mewajibkan pelanggan untuk telefon Bank untuk aktifkan akaun mereka sebelum menggunakannya.



Terdahulu, CIMB telah melaksanakan SecureTAC menggantikan TAC melalui SMS untuk transaksi RM100 dan ke atas. Ia juga kelak akan diperluas pada kesemua transaksi di bawah RM100 juga pada masa akan datang.

Dalam perkembangan lain, CIMB OCTO ialah aplikasi baharu diperkenal CIMB yang secara peribadi jauh lebih responsif dan mesra pengguna daripada Clicks. Namun, ciri-ciri ditawarkan masih terhad. Klik SINI untuk tahu lebih lebih lanjut tentangnya.

Sumber: CIMB