Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian: Cas Telefon Dalam Bilik Tidur Punca Obesiti Dan Diabetes

Kajian: Cas Telefon Dalam Bilik Tidur Punca Obesiti Dan Diabetes

Diterbitkan Februari 7, 2022 oleh Meor Hasyim

Kajian saintis British baru-baru ini mendapati mengecas telefon pintar dalam bilik boleh memberi kesan kepada pengeluaran hormon melatonin.

Melatonin adalah merupakan hormon penting yang mengawal kitaran tidur dan bangun seseorang. Ia juga penting sebagai anti-oksidan untuk memelihara tona kulit, rambut dan kuku yang sihat, serta meningkatkan kualiti tidur.

Menurut kajian tersebut, jika seseorang itu mengecas telefon pintar atau tablet dalam bilik tidur, ia akan memberi kesan kepada pengeluaran melatonin seterusnya menyebabkan penyakit seperti obesiti, diabetes dan lain-lain.

Kajian itu mendapati, dalam mod ‘standby’ ketika mengecas, telefon pintar mengeluarkan radiasi elektomagnetik sebanyak 2.3mHz manakala apabila menggunakannya, ia meningkat kepada 3.4mHz.

Ini terjadi disebabkan apabila telefon pintar dihubungkan dengan sumber elektrik, ia mengeluarkan sejumlah kecil radiasi elektromagnetik walaupun tidak digunakan.

Namun begitu, jumlah ini semakin berkurang apabila semakin jauh telefon dengan invidu itu.

Para saintis menggalakkan anda untuk menutup (shut down) telefon jika mahu mengecas dalam bilik tidur.

Jika tidak, anda boleh mengecasnya di bilik lain ataupun menjauhkan diri dari telefon untuk mengurangkan kesan radiasi yang diterima.

Sumber: DIP

Baca juga:

  • Mudah, Perkhidmatan Kerajaan Kini Sokong Pembayaran e-Dompet
  • Apple Dilapor Sedia Lancar iPhone 5G Bajet Pada Mac Depan
  • GTA 6 Akhirnya Diumum Rockstar Games Tapi Tarikh Pelancaran Masih Misteri

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY