Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apex Legends Mobile Bakal Hadir Hujung Bulan Ini

Dinobatkan ‘iPhone Game of The Year 2022’, Apex Legends Mobile Umum Akan Ditutup Dalam Masa 90 Hari

Diterbitkan Februari 1, 2023 · Dikemas kini Februari 1, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Disangka panas ke petang namun hujan di tengah hari, itulah nasib permainan mudah alih Apex Legends Mobile yang diumumkan akan ditamatkan seluruh dunia pada 8 pagi, 2 Mei 2023, waktu Malaysia.

Kata EA, kemerosotan daripada segi kuantiti, kualiti kandungan untuk permainan mudah alih itu menjadi sebab keputusan itu diambil.

Berkaitan

  • Apex Legends Mobile Versi Stabil Kini Tersedia Untuk Semua Pengguna Seluruh Dunia
  • Pengguna CIMB Clicks Perlu Hubungi Bank Untuk 'Log In' Pertama Kali Di Telefon Baru, Kuat Kuasa Hari Ini
  • Peranti Boleh Lipat OnePlus V Fold Dan V Flip Mungkin Dilancarkan Tahun Ini
  • Kuo: Bukan Dua, Lensa Periskop Kekal Eksklusif Untuk Satu Model iPhone Sehingga 2024
  • Netflix Perincikan Cara Untuk Halang Perkongsian Kata Laluan

Mulai sekarang, pemain sudah tidak boleh melakukan transaksi untuk membeli barang dalam permainan tersebut.

Mereka harus membelanjakan semua Syndicate Gold sebelum server Apex Legends ditutup pada 2 Mei nanti kerana tiada proses pemulangan semula wang akan dilakukan.

Apex Legends Watak

Anda juga harus tahu versi mudah alih Apex Legends berasingan daripada konsol dan PC, justeru penutupan ini tidak menjejaskan Apex Legends di 2 platform lain.

Secara peribadi, ini agak menyedihkan kerana Apex Legends antara permainan mudah alih yang mempunyai grafik yang baik selain rekaannya yang futuristik.

Ia bahkan dinobatkan iPhone Game of The Year di App Store bagi tahun 2022.

Sumber: EA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY