Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BM_ Astro 30 Hari Percuma

Astro Beri 30 Hari Percuma Untuk Pek Terpilih Bagi Pelanggan Baharu

Diterbitkan Februari 16, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Bermula hari ini, 16 Februari 2022, pelanggan baharu yang melanggan Astro boleh menikmati tawaran terhad 30 hari percuma untuk pek terpilih.

Pek yang ditawar 30 hari percuma ini ialah Pek Filem dan Pek Sukan. Tawaran ini walau bagaimanapun tidak termasuk Pek Primary dan hanya diberikan kepada pelanggan dengan kontrak 24 bulan sahaja.

Untuk Pek Filem, pelanggan akan disediakan dengan Netflix, HBO GO, Disney+ Hotstar, iQIYI, TVB Anywhere, Variety, Kids dan Sports.

Untuk Pek Sukan pula pelanggan dapat menonton English Premier League, UEFA Champions League, 2022 Qatar FIFA Piala Dunia, Sukan SEA, Sukan Komanwel, F1, MotoGP, Tennis, NBA, UFC, Sepak Takraw League dan lain-lain.

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan rebat pada yuran pemasangan untuk Ultra Box dan Ulti Box iaitu sebanyak RM39 atau RM19 untuk Ultra Plug & Play Box.

Pelanggan di kawasan jalur lebar berkelajuan tinggi mempunyai pilihan untuk memilih Ultra Plug & Play Box baharu yang tidak memerlukan pemasangan satelit.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi ini, sila ke laman web Astro.

Sumber: Siaran Akhbar Astro

Baca juga:

  • Netflix Kini Rasmi Di Astro, Pelanggan Boleh Strim Guna Ultra Box
  • Astro Tawar Promosi Pakej Jimat 109, Internet 30Mbps, Lebih 90 Saluran Astro Pada RM109.99 Sebulan
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY