Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dnb 5g datuk jo ghani

Kerajaan Tidak Patut Terlibat Dalam Perniagaan 5G – Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Diterbitkan Februari 20, 2023 · Dikemas kini Februari 20, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kerajaan tidak sepatunya terlibat dalam perniagaan 5G secara langsung, seperti melalui Digital Nasional Berhad sekarang.

Kata beliau pada FMT, kerajaan sepatutnya berurusan dengan syarikat telekomunikasi secara terus dan bukan menubuhkan syarikat khas untuk 5G.

Annuar Musa: 6 Syarikat Telekomunikasi Capai Persetujuan Dengan DNB, 70% Saham Akan Diagih

Mengambil contoh negara jiran, Thailand misalnya yang sudah meluas rangkaian 5G mereka kerana kerajaannya tidak terlibat dalam memiliki syarikat khas seperti dilakukan Malaysia, petik beliau.

“Kita nak tubuhkan syarikat dan berurusan dengan syarikat telekomunikasi, tapi syarikat telekomunikasi tidak yakin dengan entiti kerajaan untuk selesaikan isu.” – Datuk Seri Johari Ghani

Disebabkan itulah 5G di Malaysia hanya mencapai 36-38% dari segi pelaksanaan, tambah beliau. Ini dipercaya merujuk pada liputan 5G untuk kawasan berpenduduk seperti diakui DNB selepas ditegur Menteri KKD Fahmi Fadzil.

dnb liputan copa 2022
Sumber: DNB

Tapi kalau diberi pada syarikat swasta, mereka lebih arif manakala kerajaan hanya perlu mengawal dari segi mekanisme agar ia bermanfaat untuk pengguna dan kerajaan, menurut ahli parlimen Titiwangsa itu.

peta 5g dnb 2023
Peta interaktif DNB yang kali terakhir dikemas kini pada Disember 2022.

Itu seharusnya peranan kerajaan, bukan berniaga, tegas Datuk Johari yang pernah menjadi pengerusi UDA Holdings Berhad.

Kerajaan sepatutnya tumpu terhadap pentadbiran dan kutipan cukai. Bila kerajaan mula nak berniaga, itulah yang timbul banyak masalah – Datuk Seri Johari Ghani

Tambah beliau lagi, jika pelaksanaan 5G ini gagal, kerajaan tidak mampu mendapatkan semula pelaburan yang dijangka RM16.5 bilion untuk infrastrukturnya.

Berkaitan

  • Ini Kesemua Pelan Prabayar Dan Pascabayar Yang Ada 5G Di Malaysia Sekarang
  • Unifi Mobile Turunkan FUP Kepada 60GB, 'Hotspot' Dipotong 50%
  • Cara Miliki HONOR X9a Dengan Percuma - Skrin 'Curved' Tahan Lasak Dengan 5G
  • Ini Cara Beli 'Laptop' Dan Tablet Yang Sokong Aplikasi Google Harga ‘Rahmah’
  • Perkhidmatan 5G Daripada Yes Dan Unifi Dipercayai Akan Hadir Ke iPhone Tak Lama Lagi
  • Uni5G, Pelan Pascabayar Baharu Unifi Yang Merangkumi 4G Dan 5G Serendah RM39/Bulan

Digital Nasional Berhad ditubuhkan semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri dan ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan dengan seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

telco 5g malaysia

Seawalnya, DNB adalah milik penuh Kementerian Kewangan namun selepas menerima tentangan gabungan telco, maka kerajaan setuju hanya memegang 30% saham DNB manakala selebihnya diagihkan pada syarikat telekomunikasi.

5G Products & Services Indicative Roadmap
Sumber: DNB

Hingga hari ini, Maxis satu-satunya yang tidak menandatangani perjanjian 5G dengan DNB. Wujud juga khabar angin bahawa model pemborong tunggal (SWN) mungkin akan digantikan dengan dwipemborong.

carta organisasi dnb
Carta organisasi DNB.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Anwar Ibrahim tempoh hari berkata kerajaan sedang meneliti semula kontrak DNB dengan Ericsson kerana tidak telus.

Sumber: FMT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY