Bagai tidak percaya, saintis yang memerhati perkembangan semasa ais di Antartika menyaksikan runtuhan ais yang dianggarkan seluas bandar Los Angeles.
Insiden yang berlaku pada pertengahan Mac lalu melibatkan kawasan seluas 460 batu persegi (1,191.3945 kilometer persegi) dan ia berjaya dirakam satelit.
Ahli geofizik marin di British Antarctic Survey bernama Rob Larter berkata, beliau langsung tidak terfikir akan berlakunya runtuhan ais sebesar itu di Antartika Timur.
Complete collapse of East Antarctica's Conger Ice Shelf (~1200 sq. km) ~March 15, seen in combo of #Landsat and #MODIS imagery. Possible it hit its tipping point following the #Antarctic #AtmosphericRiver and heatwave too? #CongerIceShelf #Antarctica @helenafricker @icy_pete https://t.co/7dP5d6isvd pic.twitter.com/1wzmuOwdQn
— Catherine Colello Walker (@CapComCatWalk) March 24, 2022
Sebelum ini telah dilaporkan di mana saintis mengesan berlakunya peningkatan suhu melebihi paras normal di Kutub Utara dan Kutub Selatan.
Saintis berkata, Antartika ketika ini sepatutnya mengalami cuaca sejuk mendadak selepas musim panasnya. Sementara Artik pula sepatutnya perlahan-lahan memasuki fasa musim sejuknya.
Jadi saintis menyatakan, peningkatan suhu di kedua-dua kutub secara serentak pada ketika ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Sumber: CNN
Baca juga:
- Saintis Semakin Bimbang, Suhu Di Kedua-Dua Kutub Bumi Meningkat Serentak Melebihi Paras Normal
- NASA Merakam Imej Glasier Mencair Selepas Suhu Di Antartika Menyamai Suhu Di Los Angeles
- 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki