Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelepasan asap

Paras Karbon Dioksida Dunia Mencapai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

Diterbitkan Mei 11, 2022 oleh Firdaus

Paras CO2 (karbon dioksida) di atmosfera merupakan penyumbang utama kepada perubahan iklim dunia seperti pemanasan global, peningkatan paras laut dan sebagainya.

April ini mencatatkan paras gas karbon dioksida di planet ini adalah yang paling tinggi sekali dalam sejarah dunia. Kenyataan ini datang daripada data yang dikeluarkan National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA).

Paras karbon dioksida yang dicatatkan bulan Mei tahun lepas adalah 419.13 ppm (part per million). Walau bagaimanapun, bulan April ini, paras karbon dioksida dunia dicatat melebihi 420 ppm yakni tertinggi sepanjang sejarah manusia.

fosil fuel

Pembakaran bahan api fosil adalah penyumbang terbesar kepada peningkatan ini dan juga penebangan hutan yang berleluasa diseluruh dunia.

penebangan hutan

5 sektor yang bertanggungjawab menyumbang kepada krisis iklim ini adalah tenaga/elektrik, industri, agrikultur, pengangkutan dan penempatan komersial dan bangunan.

Gas CO2 mempunyai jangka hayat sehingga ratusan ribu tahun, jadi kita mungkin akan membunuh planet biru kita ini jika tiada sebarang tindakan diambil.

Tambahan lagi, masalah peningkatan paras karbon dioksida di atmosfera telah lama di berlaku di planet kita. Tetapi, dek kerana kerakusan tangan manusia dan sikap acuh tak acuh kepada kemaslahatan Bumi ini telah memakan diri kita sendiri.

Oleh itu, keadaan Bumi semakin tenat dan ia secara tidak langsung memberi kesan kepada manusia dan penghuni lain planet ini.

Sumber: Unilad

Foto utama: Unilad

Baca juga:

  • Agensi Nuklear Malaysia Hasilkan Kit Rawatan Melegakan Sakit Kanser
  • Elon Musk Janji Akan “Menghalalkan” Semula Donald Trump Di Twitter
  • Ini Punca Kekurangan Cip Global, Mungkin Berterusan Hingga 2023

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY