Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sudah Lama Tidak Ke Pejabat? Laman Ini Mungkin Boleh Ubati Kerinduan Anda

Sudah Lama Tidak Ke Pejabat? Laman Ini Mungkin Boleh Ubati Kerinduan Anda

Diterbitkan April 10, 2020 ยท Dikemas kini April 10, 2020 oleh Amalina Athman

Malaysia kini telah memasuki hari ke-24 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini bermakna, hampir sebulan juga kita menjalankan aktiviti kerja dari rumah. Mungkin ada di antara kita yang sudah mula merindui suasana di pejabat.

Kini, laman imisstheoffice.eu, yang dihasilkan oleh Kids Creative Agency mungkin dapat mengubat kerinduan anda dengan suasana di pejabat. Menerusi laman tersebut, hanya perlu tekan pada butang main di sebelah kiri bahagian bawah dan ia akan memainkan pelbagai bunyi yang kebiasaannya anda dengar di pejabat.

imisstheoffice

Ia termasuk bunyi perbualan rakan sekerja, kipas yang berpusing, telefon yang berdering, mesin pencetak, papan kekunci dan pelbagai lagi.

Bukan hanya mempunyai bunyi-bunyi tersebut, laman imisstheoffice turut mempunyai susun atur pejabat yang membolehkan anda tekan pada mana-mana kawasan untuk mendengar bunyi tertentu.

Sebagai contoh, jika tekan pada water cooler, anda akan mendengar bunyi air yang diisi ke dalam gelas. Begitu juga jika tekan pada mesin pencetak yang memberikan bunyi yang biasa anda dengar di pejabat.

Laman ini merupakan peringatan yang menyenangkan mengenai suasana di pejabat yang mungkin anda rindu.

Sumber: TheVerge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY