Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malware android

CEO Google Beri Amaran Yang ‘Sideload’ Aplikasi Beri Risiko Bahaya Pada Peranti

Diterbitkan November 20, 2023 · Dikemas kini November 20, 2023 oleh ariff bukhari

Salah satu perbezaan terbesar antara iOS dan Android ialah sistem Android membenarkan pengguna memuatkan aplikasi pada peranti mereka secara sideload.

Bermakna, pengguna Android boleh memasang aplikasi ke dalam telefon pintar mereka daripada gedung aplikasi pihak ketiga selain daripada stor rasmi Goole Play.

Ia mungkin menjadi salah satu kelebihan yang tiada pada iOS di mana Apple telah menegaskan bahawa “sideloading” boleh menyebabkan peranti terancam kepada perisian hasad dan serangan penggodaman.

“Menyokong pemuatan sisi (sideloading) melalui muat turun terus dan kedai aplikasi pihak ketiga akan melumpuhkan privasi dan perlindungan keselamatan yang telah menjadikan iPhone begitu selamat, dan mendedahkan pengguna kepada risiko keselamatan yang serius.” Apple.

Kini, giliran Ketua Pengarah Eksekutif Google sendiri pula bertindak menyatakan perkara yang sama.

“Kami tidak mahu membenarkan anda menjejaskan sepenuhnya telefon anda. Ia boleh memasang perisian hasad pada telefon anda. Ia benar-benar boleh menjejaskan keselamatan anda, dengan sangat ketara.” CEO Google, Sundar Pichai.

Kenyataan itu dikeluarkan beliau ketika memberikan keterangan mengenai dakwaan amalan syarikat itu yang menyekat persaingan dengan mengenakan bayaran premium kepada pembangun aplikasi dalam pertikaian undang-undang dengan Epic Games.

Ini sangat menarik dengan mendengar sendiri dari mulut Google tentang sideloading. Dengan kata lain, hanya kerana anda boleh boleh melakukannya,  ia tidak bermakna anda harus sideload aplikasi pada Android.

Berkaitan

  • Awasi 3 Tanda Ini, Akaun Gmail Anda Mungkin Telah Digodam
  • Tak Sampai Sehari, Nothing Chats Dialih Keluar Dari Google Play Store
  • Belum Lagi Rasmi Dilancar, Cybertruck Elon Musk Sudah Ada "Klon"

Sumber: Apple, News18

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY