Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Cybertruck

Belum Lagi Rasmi Dilancar, Cybertruck Elon Musk Sudah Ada “Klon”

Diterbitkan November 20, 2023 · Dikemas kini November 20, 2023 oleh ariff bukhari

Ramai peminat Tesla tidak sabar-sabar menunggu ketibaan Cybertruck yang ditempah mereka yang dijadualkan akan tiba pada akhir bulan ini.

Tetapi seorang tukang kayu di Vietnam memutuskan untuk memilikinya lebih awal dengan membuat versi Cybertrucknya sendiri yang berfungsi sepenuhnya tetapi diperbuat daripada kayu.

Malah lelaki itu berkongsikan video proses pembuatannya itu di laman sosial yang menurutnya hanya mengambil masa 100 hari sahaja, di saluran YouTubenya, ND-Woodworking Art.

Lelaki itu turut berkongsi rakaman trak itu beraksi, lengkap dengan versi kayu Tesla Cyberquad di dalam bagasi.

100 Days Build Wooden Tesla Cybertruck For @elonmusk #cybertruck pic.twitter.com/WvZQa1OLio

— ND-WoodArt (@NDWoodArt) November 17, 2023

Tidak sekadar itu, selepas projek itu selesai, beliau telah menghubungi sendiri  Elon Musk dan Tesla untuk menawarkan mereka replika Cybertrucknya.

Hasilnya, Elon Musk telah respon dan menghargai usaha beliau.

Sure, much appreciated ❤️

— Elon Musk (@elonmusk) November 3, 2023

Penghantaran trak Tesla itu ditetapkan bermula pada 30 November selepas mengalami dua tahun kelewatan.

Tesla masih belum mengeluarkan sebarang harga rasmi untuk trak itu, tetapi Musk baru-baru ini memberitahu podcast Joe Rogan bahawa Tesla menyasarkan untuk akhirnya menghasilkan sebanyak 200,000 unit Cybertrucks setahun.

Berkaitan

  • Naik Taraf Sistem Telefon Pintar Android Selesaikan Isu Hayat Bateri
  • Jom Ke Expo Hobi Malaysia 2023, Tiket Berharga RM15 Untuk 2 Hari
  • Tak Sampai Sehari, Nothing Chats Dialih Keluar Dari Google Play Store

Sumber: Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY