Awasi 3 Tanda Ini, Akaun Gmail Anda Mungkin Telah Digodam

Seperti semua sedia maklum, Google telah pun mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk memadam berjuta-juta akaun Gmail atas sebab keselamatan.

Google menyatakan dengan jelas, mana-mana akaun yang tidak digunakan selama sekurang-kurangnya dua tahun akan dipadam mulai 1 Disember 2023 ini, ekoran akaun-akaun itu terdedah kepada serangan siber.

Tindakan itu juga ada kaitan dengan ciri pengesahan dua faktor yang tidak diaktifkan dan berkemungkinan mempunyai kata laluan yang lebih lama yang telah terjejas dalam penggodaman sebelumnya.

Oleh itu, Google kini memberi amaran kepada pengguna, 3 perkara ini yang perlu anda perhatikan untuk memastikan Gmail anda selamat daripada digodam.

Yang pertama adalah, semak jika maklumat akaun Gmail anda telah ditukar seperti kata laluan atau nombor telefon pemulihan.

Yang pertama ini lebih mudah dikesan, tetapi ramai yang tidak menyedari nombor telefon pemulihan mereka telah ditukar. Apabila ini berlaku, penggodam boleh mengawal e-mel anda.



Yang kedua pula adalah, penggodam mungkin memadamkan akaun anda sepenuhnya selepas mereka menggunakannya. Jadi untuk menghalang anda daripada log masuk semula ke akaun tersebut, mereka bertindak memadam sepenuh akaun Gmail tersebut.

Manakala yang ketiga adalah untuk sebab lain, anda tidak boleh log masuk ke akaun Gmail yang berkemungkinan penggodam cuba mencari cara lain untuk tidak membenarkan anda masuk semula ke akaun Gmail anda.

Jika akaun Gmail anda digodam, berkemungkinan juga penggodam telah mempunyai akses ke atas servis Google yang lain juga di bawah akan Google yang sama termasuklah, YouTube, Google Drive, Google Photos, Blogger dan Google Ads.

Sehubungan itu, Google mengesyorkan pengguna untuk menyemak aktiviti akaun dan lihat semula peranti manakah yang mempunyai akses ke atas akaun Google anda.

Google juga mengesyorkan anda mengaktifkan ciri pengesahan 2 faktor, membuang aplikasi yang diragui dari peranti serta menggunakan pelayar sesawang yang diyakini selamat.

Justeru, jika anda tidak boleh mengakses ke dalam akaun Gmail anda dan ingin mendapatkannya semula, anda boleh cuba dapatkannya melalui laman Google Account Recovery.



{suggest}

Sumber: Google