Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Servis Penstriman Muzik Percuma Terbaru Dari Spotify

Spotify Rekodkan Peningkatan Pendapatan, Pengguna Baharu Makin Meningkat

Diterbitkan Julai 24, 2024 · Dikemas kini Julai 24, 2024 oleh ariff bukhari

Syarikat platform penstriman muzik dari Sweden, Spotify hari ini mengumumkan pendapatan suku kedua 2024 mereka yang melihatkan peningkatan pelanggan yang sihat, pengewangan yang lebih baik dan mencatatkan keuntungan.

Spotify dalam laporannya merekodkan:

  • Pengguna Aktif Bulanan meningkat 14% Y/Y kepada 626 juta.
  • Pelanggan meningkat 12% Y/Y kepada 246 juta.
  • Jumlah Hasil meningkat 20% Y/Y kepada €3.8 bilion (~RM19.25 bilion)
  • Margin Kasar mencapai 29.2%.
  • Pendapatan Operasi meningkat kepada €266 juta (~RM1.347 bilion)

“Ia adalah masa yang menarik di Spotify. Kami terus berinovasi dan menunjukkan bahawa kami bukan sahaja produk yang hebat, tetapi semakin banyak perniagaan yang hebat. Kami berbuat demikian pada garis masa yang telah melebihi jangkaan kami sendiri. Ini semua petanda baik untuk masa depan.” kata Ketua Pegawai Eksekutif Daniel Ek.

Spotify sebelum ini berkata ia menyasarkan untuk mencapai 631 juta pengguna aktif bulanan (MAU).

Sungguhpun syarikat itu gagal mencapai sasaran itu, tetapi mereka berjaya menarik 626 juta MAU untuk suku tersebut.

Syarikat itu berkata ia telah melihat bilangan pengguna meningkat di semua wilayah, tetapi ia tidak mencapai matlamat MAU kerana “penentukuran semula berterusan” aktiviti pemasaran.

Berkaitan

  • Spotify Umum Harga Langganan Naik Lagi Bermula Julai Ini
  • Ini Sebabnya Kenapa Anda Patut Pilih Apple Music Berbanding Spotify

Sumber: Spotify

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY