Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Toyota Dinobatkan Jenama Kereta Paling Dipercayai, Mercerdes-Benz Tercorot

Storan ‘Server’ Penuh, Toyota Hentikan Operasi 12 Kilang Pemasangan Kereta

Diterbitkan September 8, 2023 oleh ariff bukhari

Toyota terpaksa menghentikan pengeluaran kereta mereka di 12 kilang pemasangan kereta akhir bulan lalu selepas berdepan isu pelayan kehabisan ruang storan.

Toyota dalam satu kenyataan rasmi menyatakan, isu itu berpunca daripada masalah dengan sistem arahan pengeluaran mereka.

“Gangguan sistem ini berlaku kerana beberapa pelayan yang memproses pesanan alat ganti menjadi tidak tersedia. Kerja penyelenggaraan berkala telah dijalankan pada 27 Ogos lalu, sehari sebelum masalah itu berlaku. Semasa kerja penyelenggaraan ini, kami memadam dan menyusun data yang terkumpul dalam pangkalan data, tetapi disebabkan ruang storan yang tidak mencukupi untuk kerja, ralat berlaku dan sistem berhenti. Memandangkan pelayan ini beroperasi pada sistem yang sama, masalah yang sama berlaku pada mesin sandaran, menjadikannya mustahil untuk beralih, yang membawa kepada penggantungan operasi kilang.” Toyota.

Hanya pada 29 Ogos 2023, Toyota memindahkan data ke pelayan dengan kapasiti yang lebih besar, dan sistem telah dipulihkan dan operasi kilang kembali beroperasi semula.

Toyota juga memaklumkan bahawa mereka telah mengenal pasti punca utama dan langkah balas untuk perkara untuk isu tersebut.

Berkaitan

  • GoPro Lancar HERO12 Black, Rakam Video Selama 155 Minit
  • Kalahkan Samsung Dan Qualcomm, MediaTek Bangunkan Cip Pertama Dengan Teknologi 3nm TSMC
  • Kemas Kini Segera iPhone Anda, Apple Isu Eksploitasi iOS Aktif Berlaku

Sumber: Toyota

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY