Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-05T103902.283

Siri RedMagic 9S Pro Rasmi, Ada CUBE AI Dan Kipas 22,000 RPM

Diterbitkan Julai 5, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, telefon pintar kategori gaming, siri RedMagic 9S Pro telah dirasmikan untuk pembelian penduduk di China dengan sistem penyejukan yang baharu serta diterapkan juga di dalamnya ciri teknologi kecerdasan buatan.

Siri RedMagic 9S Pro Rasmi, Ada CUBE AI Dan Kipas 22,000 RPM

Seperti yang anda lihat dalam gambar di atas, kedua-dua model hadir dengan jenis rekaan yang sama. Begitu juga dengan spesifikasinya.

Bermula dengan cip pemprosesan, kedua-duanya dikuasakan Snapdragon 8 Gen 3 dengan sokongan memori LPDDR5X dan storan UFS 4.0.

Ia juga menjalankan sistem operasi REDMAGIC OS 9.5, sistem penyejukan ICE 13.5 dengan kelajuan kipas mencecah 22,000 RPM serta teknologi kecerdasan buatan CUBE AI untuk mengoptimumkan prestasi permainan.

Selain itu, telefon-telefon ini juga dilengkapi dengan skrin 6.8 inci yang mempunyai resolusi 2480 x 1116, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1600 nits.

Untuk kamera, kedua-duanya lengkap dengan kamera utama 50MP OIS, ultra lebar 50MP dan kamera swafoto 16MP.

Kelainannya pula terletak pada sudut kapasiti bateri, kuasa pengecasan dan ketersediaan varian untuk setiap model.

Model standard mempunyai kapasiti bateri 6,500mAh dengan pengecasan 80W manakala model Pro+ hadir dengan bateri yang berkapasiti 5,500mAh serta pengecasan 165W.

Lain-lain ciri tambahan yang disertakan adalah seperti Wi-Fi 7, dua pembesar suara, bicu audio 3.5mm dan butang shoulder 520Hz di bahagian sisi.

Harga yang ditetapkan untuk siri RedMagic 9S Pro di pasaran China adalah seperti di bawah.

RedMagic 9S Pro

  • 12GB + 256GB = CNY4,799 (~RM3,108)
  • 12GB + 512GB = CNY5,199 (~RM3,367)

RedMagic 9S Pro+

  • 16GB + 512GB = CNY5,799 (~RM3,756)
  • 24GB + 1TB = CNY6,999 (~RM4,533)

Beli produk nubia RedMagic di:

Shopee – https://invl.io/cllb9vu

Lazada – https://invol.co/cllb9vv

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Lebih Senang Buat Fail PDF Guna Aplikasi Google Drive, Ini Caranya
  • Zenless Zone Zero Dah Boleh Main Hari Ini, 'Top Up' Di Codashop
  • realme C65 Mula Tersedia Esok, Harga Rasmi RM699
  • Promosi Shopee 7.7, vivo X90 Pro Diskaun Hampir 50%

Sumber: nubia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY