Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Starlink Mini Malaysia RM930_2

Starlink Merevolusikan Internet Rantau Asia, Tapi Harga Servis Masih Tinggi

Diterbitkan April 16, 2026 · Dikemas kini April 16, 2026 oleh ariff bukhari

Starlink, rangkaian satelit orbit rendah milik SpaceX, semakin meluaskan pengaruhnya di Asia Pasifik.

Dengan satelit pada altitud sekitar 550 km, ia menawarkan kelajuan tinggi dan kependaman rendah berbanding satelit tradisional, menjadikannya sesuai untuk aplikasi masa nyata seperti panggilan video dan pembelajaran dalam talian.

Berdasarkan laporan terbaru Ookla, Australia dan New Zealand muncul sebagai pasaran paling stabil Starlink dengan kelajuan melebihi 160 Mbps dan kependaman sekitar 35 ms.

Starlink Merevolusikan Internet Rantau Asia, Tapi Harga Servis Masih Tinggi

Di Asia Tenggara pula menunjukkan prestasi bercampur dengan kelajuan internet Starlink di Malaysia menunjukkan peningkatan  hampir dua kali ganda — daripada 53.74 Mbps kepada 98.68 Mbps — apabila beban rangkaian berkurangan.

Starlink Merevolusikan Internet Rantau Asia, Tapi Harga Servis Masih Tinggi
Data terbaru menunjukkan kelajuan muat turun di Malaysia hampir berganda berbanding tahun sebelumnya, walaupun jumlah pelanggan berkurang akibat persaingan daripada jalur lebar gentian optik.

Dari aspek harga pula, penawaran harga servis Starlink di dalam sesebuah negara juga menunjukkan jurang yang ketara.

Sebagai contoh, Filipina mengenakan kos langganan Starlink sebanyak US$68 (selepas kenaikan harga) dan  Indonesia pula mengenakan US$46, hampir dua kali ganda perbelanjaan internet isi rumah biasa di dalam negara tersebut.

Walaupun begitu, Indonesia merupakan pengguna ke-3 terbesar Starlink, selepas AS dan Mexico.

Di Malaysia, Starlink memperkenalkan pelan Residential Lite pada harga lebih mampu milik iaitu serendah MYR 129/bulan (~US$29) sahaja yang telah diperkelankan pada Mei 2025.

Ia merupakan sebagai tindak balas langsung Starlink kepada tekanan persaingan daripada peningkatan liputan jalur lebar tetap negara.

Starlink Merevolusikan Internet Rantau Asia, Tapi Harga Servis Masih Tinggi

Apa yang dapat disimpulkan, faktor utama kejayaan Starlink bukan sekadar teknologi, tetapi juga kelulusan kerajaan di mana setiap negara menetapkan syarat berbeza termasuk pemilikan, penyimpanan data, dan keperluan keselamatan serta harga.

Penetapan harga Starlink mencerminkan keseimbangan antara permintaan, keadaan rangkaian dan persaingan tempatan.

Namun, kelebihan utama Starlink tetap jelas, ia mampu menembusi kawasan luar bandar dan pedalaman yang sukar dicapai oleh rangkaian gentian optik.

Starlink membuka peluang kepada aplikasi masa nyata seperti pembelajaran dalam talian, teleperubatan, dan kerja jarak jauh walau di mana sahaja anda berada.

Walaupun harga pakej servisnya masih dianggap tinggi, namun ia memberi alternatif penting kepada komuniti.

Berkaitan

  • Starlink Mini Kini Tersedia Di Malaysia, Harga RM930
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Indonesia Pengguna Ke-3 Terbesar Starlink

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY