Spotify Kini Jual Produk Kosmetik Secara Dalam Talian

Merchbar merupakan ruangan khas bagi artis dalam memasarkan cenderahati mereka kepada pendengar di aplikasi Spotify. Kini platform penstriman muzik itu dilaporkan tampil dengan produk kosmetik pula.

Bergandingan dengan jurumekap artis terkemuka, Pat McGrath yang memiliki jenama kosmetik dibawah jenama Pat McGrath Labs, produk itu akan dipasarkan dilaman penyanyi Maggie Lindemann.

Sebelum ini, platform Merchbar di Spotify itu hanya menjual baju-T dan juga poster dari artis-artis, dan ini merupakan langkah pertama bagi Spotify untuk berkolaborasi dengan artis lain dalam mempelbagaikan barangan untuk dijual.

Produk kosmetik itu akan dilancar bersama dengan lagu Lindemann yang berjudul Obsessed pada hujung minggu ini.

Ketika ini, Spotify mempunyai lebih dari 140 juta pengguna aktif dan dilihat Spotify merebut peluang yang ada dengan mempelbagaikan jenis barangan di platform jualan mereka.

Sumber: The Verge