Spesifikasi Xiaomi Mi 7 Tertiris, Snapdragon 845 Dan RAM 8GB

Penghujung Januari yang lepas ada khabar angin menyatakan Mi Mix 2S akan dilancarkan dengan Snapdragon 845 pada acara MWC 2018 akan datang.

Selain daripada itu, satu lagi peranti yang diramal menggunakan cip pemprosesan sama adalah Xiaomi Mi 7 dan baru-baru ini, spesifikasinya mula timbul.



Berdasarkan imej yang tersebar itu, model tersebut akan dilengkapi dengan RAM 8GB dan bateri berkapasiti 4480mAh. Peningkatan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan model sebelumnya iaitu Mi 6 yang membawakan RAM 4/6 GB dan bateri 3350mAh.

Ukuran skrin pula adalah 5.6 inci manakala tetapan kamera  menampilkan dwi lensa 16MP+16MP dan Mi 7 turut dibekalkan dengan storan 128GB.

Walaubagaimanapun, terdapat sedikit keraguan kerana imej menunjukkan MIUI 8.1 dan model ini dijangka pelancarannya pada April hadapan.

Sumber: Playfuldroid