Bakal hadir menggunakan nama Mi Mix 2S, ia sedikit sebanyak memberi bayangan bahawa tidak banyak perbezaan jika dibandingkan dengan model terdahulu. Walaubagaimanapun, tumpuan harus diberikan dibahagian cip pemprosesan kerana dipercayai ia akan dilengkapi dengan Snapdragon 845.
Ura-ura dari China menyatakan model terbaru dari Xiaomi ini dijadualkan pelancarannya pada pertengahan Februari hadapan, beberapa hari sebelum berlangsungnya acara MWC 2018 di Barcelona.
Jika ramalan itu benar, ini menjadikan Mi Mix 2S sebagai peranti pertama yang rasmi menggunakan cip pemprosesan berprestasi tinggi tersebut. Namun, ada juga sesetengah pihak yang berpendapat model ini hanya akan dipasang dengan Snapdragon 835 sahaja.
Sumber: @MMDDJ_ via Droidholic
Berkaitan
- Xiaomi Black Shark Versi Global Mungkin Dilancarkan Tidak Lama Lagi
- Ada 5 Lagi Telefon Pintar 5G Daripada realme Untuk Tahun 2020
- Bocoran Imej Xiaomi Mi 6X Memperlihatkan Dwi Kamera Belakang
- Xiaomi Mi A1 Dilihat Dijual Pada Harga Terendah Setakat Ini
- Samsung Galaxy M10 Dan M20 Sudah Dilancarkan, Bakal Bersaing Dengan Xiaomi Di India
- Mi 10 Pro Raja Baru DxOMark
- OPPO Malaysia Gantung 2000 Unit OPPO Reno Di Hadapan Pavilion
- ASUS Grand Sale - Tawar Diskaun Serta Baucar Berjumlah RM200,000 Untuk Bakal Pembeli
- Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Kini Rasmi - Peranti Bajet Dengan Skrin 18:9
- Twitter: Jumlah Tweet Digandakan Kepada 280 Aksara Dan Paparan Nama Kini Mencapai 50 Aksara