https://twitter.com/claud_yau/status/1047012907156942848
Kredit : @claud_yau
Menurut laman SamMobile, ini adalah kali kedua spesifikasi kamera yang sama dikaitkan dengan model Galaxy S10+ ini. Malah peranti ini juga akan mempunyai kebolehan untuk melaraskan bukaan lensa utama 12MP di antara f/1.5 ke f/2.4 mengikut kesesuaian pengguna.
Tambahan pula, lensa kedua bagi kamera utama peranti ini dilaporkan akan mempunyai medan pandang super-luas dengan sudut sehingga 123-darjah. Selain itu, lensa ketiga 13MP pula dipercayai akan digunakan sebagai lensa telefoto.
Samsung Galaxy S9 (Kredit : Trusted Reviews)
Selain Galaxy S10+, Samsung dipercayai akan turut memperkenalkan dua lagi model iaitu S10 serta sebuah S10 yang lebih mampu milik(kami gelarkan sebagai S10 Lite dahulu). S10 Lite dikatakan akan hadir dengan kamera utama berlensa tunggal manakala S10 pula akan mempunyai dwi-kamera utama.
Siri Samsung Galaxy S10 ini dijangka hanya akan diperkenalkan pada suku pertama tahun hadapan. Maka, lebih banyak lagi perkembangan dan maklumat yang kita akan dengari mengenai peranti ini di bulan-bulan mendatang.
Sumber
Berkaitan
- Lagi Maklumat Berkenaan Samsung Galaxy Note 9 Tertiris Menjelang Majlis Pelancaran
- Lagi Berita Buruk Tentang Galaxy Note 7 Selepas Kejadian Letupan
- Google Android 9 - Teka-Teki Tentang Nama Akhir Bagi Android P Akhirnya Terjawab
- Galaxy A8s Mungkin Muncul Sebagai Telefon Dengan Skrin Penuh Pertama Samsung
- Samsung Mungkin Hasilkan Telefon Dengan Sistem Kawalan Berasaskan Tekanan Pada Masa Hadapan
- Microsoft's 'Solitaire' Diperkenalkan Untuk Peranti iOS Dan Android
- Nama Sebenar Android O Akhirnya Terjawab- Android Oreo
- Samsung Akan Melancarkan Peranti Z2 Tizen Dalam Masa Terdekat Ini.
- ZTE Quartz , Jam Pintar Android Pertama Dari ZTE Dengan Bateri Besar 500mAh
- Carta DxOMark Untuk Swafoto Pertama Dikeluarkan, Pixel 3 & Galaxy Note 9 Mendahului