Spesifikasi utama dan harga peranti ini telah muncul dalam laporan terkini. Hari ini, peranti OPPO A92s dengan nombor model PDKM00 muncul dengan keseluruhan spesifikasi di pangkalan data telekomunikasi TENAA.
Spesifikasi OPPO A92s
Berdasarkan pangkalan data TENAA, OPPO A92s dijangka hadir dengan tiga warna iaitu hitam, putih dan merah jambu. Peranti ini mempunyai berat 184gram dengan dimensi 163.8 x 75.5 x 8.1mm.
Melalui imej yang didedahkan, A92s dilengkapi dengan skrin dwi-punch hole dan paparan skrin 6.57 inci. Mempunyai panel IPS LCD, peranti ini menawarkan HD penuh dengan resolusi 1080 x 2400 serta nisbah 20:9. Laporan terkini turut mendedahkan A92s merupakan siri A pertama yang akan menyokong kadar segar 120Hz dan dijana cip Mediatek Dimensity 800 5G.
Dengan panel kamera yang berbentuk petak, peranti ini dikatakan mempunyai kamera utama 48MP, kamera sudut luas 8MP dan dua sensor 2MP. Kamera hadapan pula menawarkan 16MP+2MP dwi-kamera.
Selain itu, OPPO A92s mempunyai sokongan bateri 4880mAh dan mungkin hadir tanpa sokongan pengecasan pantas. Antara fungsi lain termasuk mempunyai sisi tepi imbasan cap jari, slot kad mikroSD dan menjalankan sistem operasi Android 10. Ia mungkin hadir dengan konfigurasi 6GB hingga 12GB RAM dengan storan dalaman 128GB dan 256GB.
Bagaimanapun, segala fungsi yang telah didedahkan ini kekal sebagai ura-ura sebelum ia diumumkan secara rasmi.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- YouTube TV Akan Menamatkan Sokongan Bagi Langganan Melalui App Store
- Apple Vision Pro Akan Tersedia Di Amerika Syarikat Bermula Awal Februari
- Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Hantar 'Voice Note' Untuk Sekali Dengar
- Pengguna Twitter Kini Boleh Membuat Ciapan Audio
- Siri Redmi Note 10 Disahkan Akan Hadir Dengan Sensor Kamera 108MP
- Huawei Sahkan Peranti Huawei Dan Honor Akan Terus Menerima Kemas Kini
- Didakwa Imej Tertiris, Ini Mungkin Warna Ungu iPhone 14 Pro
- Apple, Google Akan Membuang Aplikasi Yang Mempunyai Penjejakan X-Mode
- Apple Didakwa 'Bermain Dengan Api' Jika Ingin Gunakan Cip Dari Syarikat China Ini
- Motorola Sedang Menguji Peranti Andalan Dengan Panel 105Hz