Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Speedtest Kini Boleh Diakses Terus Dari ‘Taskbar’ Windows 11

Speedtest Kini Boleh Diakses Terus Dari ‘Taskbar’ Windows 11

Diterbitkan April 21, 2026 · Dikemas kini April 21, 2026 oleh Amalina Athman

Microsoft dan Ookla kini mengumumkan kerjasama baharu yang membawa ciri ujian kelajuan internet, Speedtest, terus ke dalam Windows 11.

Melalui integrasi ini, pengguna tidak lagi perlu membuka pelayar web atau mencari laman Speedtest secara manual. Sebaliknya, ujian kelajuan kini boleh diakses terus dari taskbar.

Pengguna hanya perlu klik kanan pada ikon rangkaian atau buka tetapan pantas sambungan Wi-Fi dan data mudah alih untuk memulakan diagnostik kelajuan internet dengan serta-merta.

speedtest windows 11_1
speedtest windows 11_2

Integrasi ini memudahkan proses mengenal pasti masalah rangkaian tanpa mengganggu penggunaan harian. Ia juga menawarkan akses lebih pantas terus dari Windows, selain memanfaatkan infrastruktur global Ookla bagi memberikan bacaan kelajuan dan kependaman (latency) yang lebih tepat dalam situasi sebenar.

Ciri integrasi Speedtest ini sudah mula ditawarkan kepada pengguna Windows Insider melalui saluran Release Preview dan kini sedang dilancarkan secara berperingkat kepada semua Windows 11 yang layak di seluruh dunia.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY