Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Accenture Bakal Ambil Alih Ookla – Syarikat Di Sebalik Downdetector, Speedtest

Accenture Bakal Ambil Alih Ookla – Syarikat Di Sebalik Downdetector, Speedtest

Diterbitkan Mac 5, 2026 ยท Dikemas kini Mac 5, 2026 oleh Amalina Athman

Accenture mengumumkan perjanjian untuk mengambil alih Ookla, peneraju global dalam risikan rangkaian, penanda aras kompetitif dan analitik pengalaman pengguna.

Melalui pengambilalihan ini, Accenture akan mengintegrasikan produk data Ookla termasuk Speedtest, Downdetector, Ekahau dan RootMetrics dalam penawaran perkhidmatannya.

Sebagai rujukan, Speedtest dan Downdetector membolehkan pengguna menyemak kelajuan internet serta mengetahui sama ada sesuatu perkhidmatan dalam talian mengalami gangguan. Ekahau pula membangunkan perisian untuk reka bentuk dan penyelesaian masalah rangkaian, manakala RootMetrics mengukur prestasi rangkaian mudah alih.

Dalam kenyataan rasmi, CEO Accenture Julie Sweet berkata syarikat itu akan memanfaatkan produk Ookla untuk mengumpul data yang dapat membantu pelanggan dalam sektor perniagaan dan kerajaan memperluas penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara selamat.

Accenture juga menyatakan pengambilalihan ini akan membolehkannya menawarkan perkhidmatan risikan rangkaian hujung ke hujung bagi menyokong transformasi berasaskan AI.

Pada masa sama, Ookla melihat pengambilalihan ini sebagai peluang untuk memperluas perniagaan data rangkaian kepada perusahaan berskala besar di seluruh dunia serta mempercepat usaha untuk menyediakan pengalaman kesalinghubungan yang lebih baik.

Menurut laporan Ars Technica, jurucakap Accenture menyatakan syarikat itu merancang untuk menjalankan perniagaan Ookla seperti sedia ada.

Pengambilalihan ini masih tertakluk kepada syarat penutupan, termasuk kelulusan pihak berkuasa yang diperlukan. Accenture tidak mendedahkan nilai transaksi, namun laporan Reuters menyatakan urus niaga tersebut dianggarkan bernilai AS$1.2 bilion.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Malaysia Ada Dua Rangkaian 5G Tapi Prestasi Menurun, Apa Puncanya?
  • Wi-Fi iPhone 17 Didapati Lebih Laju Berbanding Kebanyakan Peranti Android
  • Rangkaian 5G U Mobile Diiktiraf Paling Pantas Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
©2026 WISER.MY