Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SpaceXAI Mahu Bina Infrastruktur AI Di Orbit Dengan NVIDIA Vera Rubin

SpaceXAI Mahu Bina Infrastruktur AI Di Orbit Dengan NVIDIA Vera Rubin

Diterbitkan Ogos 26, 2026 oleh Amsyar Latif

SpaceXAI merancang membawa sistem pengkomputeran AI NVIDIA ke angkasa menerusi satelit Starmind, dengan pelancaran sistem pertama yang dioptimumkan untuk orbit disasarkan pada suku keempat 2027.

Menurut NVIDIA, satelit AI Starmind generasi pertama akan dibangunkan berasaskan NVIDIA Vera Rubin NVL72, sistem pengkomputeran berskala rak yang turut digunakan untuk infrastruktur AI generasi seterusnya di pusat data.

Elon Musk turut mengesahkan menerusi X bahawa SpaceX, dengan kerjasama NVIDIA, telah mereka bentuk versi Vera Rubin NVL72 yang dioptimumkan untuk angkasa. Sistem tersebut dijadual dilancarkan ke orbit pada suku keempat 2027, sebelum diperluaskan pada skala lebih besar sepanjang 2028.

https://x.com/elonmusk/status/2091939113008238838?s=20

Sistem Vera Rubin NVL72 di pusat data menggabungkan CPU Vera dan GPU Rubin dalam satu seni bina bersepadu. Bagaimanapun, versi untuk Starmind perlu disesuaikan dengan keadaan di orbit yang mempunyai kekangan berbeza berbanding pusat data di Bumi.

Antaranya termasuk bekalan kuasa, pengurusan haba, bandwidth, pendedahan kepada radiasi, gegaran ketika pelancaran serta keperluan memastikan perkakasan kekal boleh dipercayai tanpa penyelenggaraan fizikal.

Pada masa sama, SpaceXAI akan menggunakan NVIDIA Vera CPU dalam infrastruktur di Bumi untuk mempercepatkan beban kerja agentic AI yang digunakan Grok.

Vera mempunyai 88 teras Olympus rekaan NVIDIA dan memori LPDDR5X dengan bandwidth sehingga 1.2TB/s. NVIDIA mendakwa CPU tersebut mampu menyelesaikan beberapa tugasan agentic AI, reinforcement learning dan pemprosesan data sehingga 1.8 kali lebih pantas berbanding CPU x86.

Menurut SpaceXAI, CPU Vera akan mengendalikan tugasan seperti penyelarasan AI agent, pelaksanaan kod dan pemprosesan data supaya GPU boleh memberi lebih tumpuan kepada beban kerja AI yang memerlukan pemecutan.

Dalam jangka panjang, SpaceXAI mahu menggunakan seni bina pengkomputeran NVIDIA yang sama daripada pusat data berskala gigawatt di Bumi sehingga kepada infrastruktur AI di orbit.

Berkaitan

  • Anak Sarawak Ketuai Pembangunan Satelit MAVERIC Yang Akan Dilancar Ke Orbit Bumi Dengan Roket SpaceX Falcon 9
  • NVIDIA Mungin Bolehkan SSD NVMe Bertindak Sebagai VRAM Tambahan GPU

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY