Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

NVIDIA Mungin Bolehkan SSD NVMe Bertindak Sebagai VRAM Tambahan GPU

Posted on Ogos 6, 2026

Isu VRAM tidak mencukupi sering menghantui buat gamer PC, terutamanya apabila memainkan permainan AAA generasi baharu pada tetapan grafik tertinggi. Namun, desas-desus terkini memberi bayangan bahawa NVIDIA mungkin sedang mengusahakan satu fungsi baharu untuk kad grafik GeForce masa hadapan.

Teknologi ini dilaporkan membolehkan SSD NVMe digunakan sebagai VRAM tambahan apabila muatan GDDR pada GPU sudah mencapai had maksimum.

Khabar angin ini dikatakan memanfaatkan ekosistem sedia ada seperti NVIDIA RTX IO dan Microsoft DirectStorage.

Secara ringkasnya, perbezaan antara fungsi sedia ada dengan ura-ura ini:

  • Fungsi Masa Kini: RTX IO dan DirectStorage sudah pun wujud untuk mempercepatkan load time dan mengurangkan stuttering dengan memindahkan sampel dan asset permainan terus dari SSD ke VRAM melalui nyahmampat GPU.
  • Desas-desus Baharu: SSD bukan sekadar tempat transit aset, tetapi secara aktif bertindak sebagai “VRAM simpanan” apabila kad grafik kehabisan memori sebenar.

Meskipun konsep lanjutan memori seperti ini sudah mula diteroka dalam ruang enterprise dan beban kerja AI (seperti GPUDirect Storage), statusnya untuk GPU kegunaan harian masih belum disahkan secara rasmi oleh NVIDIA.

Perlu diingat, jurang kependaman antara SSD NVMe terpantas dan memori GDDR6X/GDDR7 masih sangat jauh.

Justeru, integrasi SSD sebagai VRAM ini secara teknikalnya lebih bersifat pelindung bagi mengelakkan permainan terhenti (crash), dan bukannya pengganti mutlak kepada VRAM fizikal.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress