Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spaceX DIRECT TO CELL

SpaceX Umum Sudah Lancar Lebih 100 Satelit Starlink Dengan Keupayaan ‘Direct to Cell’ Ke Orbit

Diterbitkan Julai 6, 2024 · Dikemas kini Julai 6, 2024 oleh ariff bukhari

SpaceX mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan lebih daripada 100 buah satelit Starlink dengan keupayaan ‘Direct to Cell‘ ke orbit rendah Bumi.

Pencapaian ini tidak lama selepas pelancaran roket Falcon 9 yang membawa sebanyak 6 satelit Starlink pertama dengan keupayaan ‘Direct to Cell‘ pada awal Januari 2024 lalu.

https://x.com/SpaceX/status/1808440627643982205

Satelit Starlink dengan keupayaan ‘Direct to Cell‘ akan membolehkan pengendali rangkaian mudah alih di seluruh dunia menyediakan akses global yang lancar untuk menghantar mesej, memanggil dan melayari internet di mana-mana sahaja anda berada sama ada di darat, tasik atau perairan pantai tanpa menukar perkakasan atau perisian tegar (firmware).

SpaceX Umum Sudah Lancar Lebih 100 Satelit Starlink Dengan Keupayaan ‘Direct to Cell’ Ke Orbit

SpaceX merancang untuk menyokong mesej teks terlebih dahulu sebelum mendayakan sokongan panggilan suara dan data pada 2025 akan datang.

Berkaitan

  • Space X Lancar 6 Satelit Starlink Pertama Dengan Keupayaan 'Direct to Cell'
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Sebenarnya bukan syarikat milik Elon Musk sahaja yang sedang berusaha menyediakan ciri ‘Direct to Cell‘ ini.

Pesaing lain termasuklah AST SpaceMobile dan rakan kongsi Apple Globalstar juga sedang berusaha untuk menawarkan perkhidmatan yang serupa.

Sumber: PCMag, Starlink

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
©2026 WISER.MY