Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
starlink selular

Starlink Sedia Tawar Servis Selular Pada Tahun Depan

Diterbitkan Oktober 12, 2023 · Dikemas kini Oktober 13, 2023 oleh ariff bukhari

SpaceX mewujudkan satu laman sesawang baharu yang mempromosikan perkhidmatan “Starlink Direct to Cell“.

Perkhidmatan itu yang akan tiba pada tahun 2024 nanti adalah untuk menawarkan sambungan selular kepada “telefon LTE sedia ada” melalui satelit.

“Direct to Cell berfungsi dengan telefon LTE sedia ada, di mana sahaja anda boleh melihat langit. Tiada perubahan pada perkakasan, perisian tegar atau aplikasi khas diperlukan, menyediakan akses lancar kepada teks, suara dan data, ” SpaceX.

Untuk peringkat awal, perkhidmatan itu akan ditawarkan secara terhad kepada perkhidmatan teks sahaja dahulu.

Fungsi panggilan suara dan data pula dijangkan akan menyusul pada 2025 nanti besrerta sokongan untuk peranti IoT.

Screenshot 2023-10-12 at 10.43.40 PM

Perkhidmatan ini berkemungkinan agak perlahan dengan kelajuan dianggarkan antara dua dan empat megabit sesaat sahaja, tetapi manfaatnya adalah dalam keluasan liputan.

Ketersambungan menerusi satelit telah menjadi trend yang semakin berkembang untuk telefon pintar.

Apple menambah ciri SOS Kecemasan pada iPhone tahun lepas yang membolehkan peranti iPhone 14 dan yang lebih baharu menghantar mesej dan maklumat lokasi terhad melalui satelit dalam situasi kecemasan.

Berkaitan

  • Samsung Galaxy S22 Jadi Telefon Pintar Standard Pertama Buat Panggilan Melalui Satelit
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Bruce Lee Gesa Pengguna Tidak Buat Panggilan Satelit Dengan Mate 60 Pro Dalam Pesawat
  • Satelit Internet Pertama Amazon Berjaya Dilancar, Bakal Saingi Starlink Elon Musk

Sumber: The Verge, Starlink

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY