Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
glow in the dark_JKR PT Kedah

Johor Akan Naik Taraf Jalan Guna Teknologi ‘Glow In The Dark’

Diterbitkan November 30, 2023 · Dikemas kini November 30, 2023 oleh Amalina Athman

Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor akan menyenaraikan dan menilai jalan raya untuk dinaik taraf menggunakan teknologi garisan jalan bercahaya dalam gelap atau glow in the dark, sebelum hujung tahun ini.

Berkaitan

  • 10 Kategori Aduan Jalan Raya Yang Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MYJalan
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Sistem Tol Tanpa Palang Akan Guna ANPR, RFID

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata kerajaan negeri menerusi Belanjawan Johor 2024 memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi menaik taraf garisan jalan menggunakan teknologi pantulan cahaya itu.

Beliau berkata JKR akan menyenaraikan dan menilai jalan yang sesuai untuk digunakan teknologi tersebut, terutamanya di kawasan tiada pendawaian atau tidak sesuai mempunyai tiang elektrik, atau kawasan yang terlalu gelap, selekoh berbaaya serta jalan yang menghubungkan antara pekan.

Tambahnya, jalan raya yang terlibat akan menggunakan teknologi baharu tersebut pada tahun depan.

Dalam pada itu, beliau berkata teknologi itu memerlukan kos tinggi untuk dilaksanakan berbanding garisan pembahagi jalan biasa. Namun, apabila digunakan kelak, jalan terlibat mungkin tidak perlu lagi menggunakan lampu jalan.

Terdahulu, Jalan Sungai Lalang di Semenyih, Selangor menjadi lokasi pemasangan garisan jalan glow in the dark yang pertama di Malaysia. Sementara di Kedah, JKR negeri itu juga sedang menguji garisan glow in the dark di Jalan Padang Sanai/Durian Burung K11.

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: JKR PT Kedah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY