Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kilang starlink

[video] SpaceX Kongsi Video Eksklusif Kilang Yang Hasilkan 15,000 Starlink Sehari

Diterbitkan Mac 4, 2025 · Dikemas kini Mac 5, 2025 oleh ariff bukhari

SpaceX telah menerbitkan video eksklusif mengenai kilang pengeluaran peranti Starlink yang terletak di Bastrop, Texas, AS.

Dalam video pendek itu yang memaparkan temu bual bersama Pengarah Senior Produksi Starlink. Alexandra Noe berkata, kilang ini kini menghasilkan 15,000 peranti Starlink sehari atau bersamaan hampir 5.5 juta unit setahun.

Jumlah itu bunyinya seperti banyak, tapi kilang itu kini sedang bersedia untuk  diperluaskan lagi iaitu lebih 1 juta kaki persegi pada tahun ini.

Apabila selesai diperluaskan nanti, jumlah keseluruhan ruang kilang pengeluaran peranti Starlink itu akan mencapai 1.7 juta kaki persegi yang akan meningkatkan lagi kadar pengeluaran produk itu.

Video tersebut menunjukkan keseluruhan proses pembuatan, termasuk penggunaan robotik untuk mencipta antena dan papan litar bercetak.

SpaceX juga berkongsi usaha mengurangkan kos pengeluaran, di mana model awal peranti Starlink menelan kos lebih $3,000 untuk dihasilkan sehingga menyebabkan syarikat itu terpaksa menjual pada rugi sehingga 2023.

Dengan inovasi dalam proses pengeluaran, kilang itu kini memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

SpaceX melaporkan pengguna Starlink telah mencecah 5 juta secara global, meningkat daripada 4 juta dalam tempoh lima bulan.

Selain Bastrop, SpaceX turut menghasilkan peranti Starlink di pejabatnya di Hawthorne, California, dan merancang menjadikan kilang Texas sebagai loji papan litar bercetak terbesar di AS.

https://x.com/SpaceX/status/1896704833953931419

Berkaitan

  • TMT Kini Pengedar Sah Starlink Di Malaysia
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • SNS Network Sedang Buat Promosi Kit Starlink, Serendah RM1,280

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY