Sony Xperia XA2 Dan Xperia XA2 Ultra Sudah Rasmi, Hadir Dengan Bateri Berkapasiti Besar

Tiga model yang disebut-sebut akan membuat kemunculan pada acara CES2018 kini telah pun dilancarkan secara rasmi oleh Sony semalam.

Model berkenaan adalah Sony Xperia XA2, dan Sony Xperia XA2 Ultra bagi kelas pertengahan manakala untuk kelas permulaan adalah Sony Xperia L2.

Kedua-dua peranti XA2 dan XA2 Ultra akan berkongsi cip pemprosesan yang sama iaitu Snapdragon 630 menggantikan peranti versi lama yang menggunapakai cip MediaTek Helio P20. Berikut merupakan spesifikasi yang ditampilkan pada dua versi pertengahan terbabit.

Sony Xperia XA2

https://www.youtube.com/watch?v=RdKFPf-VNIw

  • Skrin paparan 5.2 inci paparan HD penuh

  • RAM 3GB

  • Ruang simpanan 32GB dengan sokongan memori tambahan menerusi slot kad MikroSD

  • Kamera belakang 23MP mampu membuat rakaman 4K

  • Kamera hadapan 8MP dengan keupayaan mengambil selfie pada sudut 120'darjah

  • Bateri 3300mAh dengan sokongan pengecasan pantas  Qnovo Adaptive Charging

  • Pengimbas cap jari dibawah lensa kamera belakang

  • Android Oreo 8.0


Sony Xperia XA2 Ultra

https://www.youtube.com/watch?v=mvqLt9vTQlU

  • Skrin 6 inci paparan HD Penuh

  • RAM 4GB

  • Ruang simpanan 64GB dengan sokongan memori tambahan menerusi slot kad MikroSD

  • Kamera belakang 23MP

  • Dwi kamera hadapan menggabungkan lensa 16MP dan 8MP dengan ciri OIS

  • Bateri 3580mAh dengan sokongan pengecasan pantas  Qnovo Adaptive Charging

  • Pengimbas cap jari dibawah lensa kamera belakang

  • Android Oreo 8.0


Sony Xperia L2



  • Skrin 5.5 inci IPS LCD

  • RAM 3GB

  • Ruang simpanan 32GB dengan sokongan memori tambahan menerusi slot kad MikroSD

  • Kamera belakang 13MP

  • Kamera hadapan 8MP

  • Bateri 3300mAh dengan sokongan pengecasan pantas  Qnovo Adaptive Charging

  • Pengimbas cap jari dibawah lensa kamera belakang

  • Android Nougat 7.1.1


Sumber: GSMArena