Dengan kolaborasi dengan OnLeaks, Green Smartphone telah berkongsikan rekaan yang didakwa dan spesifikasi bagi Sony Xperia 1 V.
Dari segi rekaan, Xperia 1 V kelihatan hampir sama dengan pendahulunya, Xperia 1 IV – dengan tetapan 3 kamera dalam binaan bonggol yang menegak. Selain itu, Xperia I V dijangkakan hadir lebih kecil berbanding pendahulunya.
Spesifikasi Sony Xperia 1 V
Seperti yang disebut, peranti Sony ini akan hadir dengan tetapan 3 kamera – 12MP kamera utama, 48MP lebar, dan 12MP telefoto, beserta 12MP kamera swafoto.
Berkemungkinan besar, Sony Xperia 1 V akan dikuasakan Snapdragon 8 Gen 2, memori RAM 16GB dan bateri sebesar 5,000mAh. Tetapi ini hanya jangkaan yang belum lagi disahkan kesahihannya lagi.
Tetapi sayang sekali kerana banyak pihak mendakwa peranti ini akan dijual pada harga yang mahal seperti pendahulunya, Xperia 1 IV.
Sumber: Greensmartphone.
Gambar utama: Greensmartphone



