Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jurutera Ini Ubah Suai iPhone, Tambah Port USB-C Dan Kekalkan Lightning

Jurutera Ini Ubah Suai iPhone, Tambah Port USB-C Dan Kekalkan Lightning

Diterbitkan Februari 13, 2023 · Dikemas kini Februari 13, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak tahun lalu, khabar angin telah bertiup kencang mengatakan Apple akan beralih kepada penggunaan port pengecasan USB-C bagi pelancaran siri iPhone 15 kelak. Tambahan pula, EU telah mewajibkan penggunaan port pengecasan tunggal menjelang 2024.

Namun, seorang jurutera ini lebih ke hadapan apabila telah mengubah suai iPhone dengan menambah port USB-C, sambil mengekalkan port Lightning.

Berkaitan

  • Greg Joswiak Sahkan iPhone Akan Guna USB-C
  • 'YouTuber' Dari China DIY iPhone Jadi Peranti Boleh Lipat
  • Kuo: Hanya Model iPhone 15 Pro Dijangka Menyokong USB-C Berkelajuan Tinggi
  • Ura-Ura: Siri iPhone 15 Mungkin Tidak Menyokong Sepenuhnya Kabel USB-C Android

Dalam video yang dimuat naik di YouTube, ia memperlihatkan port USB-C diletakkan di sebelah Lightning pada iPhone 12 mini. Menariknya, port USB-C itu juga mempunyai keupayaan untuk disambungkan ke iTunes. Bahasa mudahnya, kedua-dua port berkenaan boleh berfungsi sepenuhnya.

Jurutera Ini Ubah Suai iPhone, Tambah Port USB-C Dan Kekalkan Lightning

Namun, kekurangannya adalah pada rekaan yang kelihatan sedikit pelik. Walaupun begitu, ia bukanlah isu utama kerana fungsinya yang ingin ditonjolkan. Sebagai tambahan, sebilangan warga net turut menyatakan pengguna mungkin boleh menggunakan fon telinga dan pengecas secara serentak, seperti yang berlaku pada 2016.

Mengimbas kembali, Apple mula membuang bicu audio 3.5mm daripada peranti iOS dengan pelancaran iPhone 7 pada 2017.

Apa pula kata anda setelah melihat video ini? Tinggalkan komen anda.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY