Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S23 Ultra_8

5 Model Telefon Pintar Samsung Galaxy Ini Dijangka Terima Kemas Kini One UI 5.1 Februari Ini

Diterbitkan Februari 13, 2023 · Dikemas kini Februari 13, 2023 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada laman sokongan syarikat telekomunikasi Fido Mobile dari Kanada, kemas kini terbaru bagi telefon pintar Samsung Galaxy iaitu One UI 5.1 akan ditawarkan sedikit masa lagi dalam bulan Februari ini juga.

Sebanyak 5 model telefon pintar Galaxy dijangka yang terawal akan menerima kemas kini tersebut iaitu Galaxy Z Fold 4, Galaxy Z Flip 4 serta Galaxy S22, Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra.

Tawaran kemas kini itu pula dijangka akan diberikan pada 22 Februari 2023 nanti.

Untuk pengetahuan anda, model telefon pintar Galaxy yang baru sahaja diumumkan Samsung baru-baru ini iaitu siri Galaxy S23 sudah pun tersedia dengan One UI 5.1.

Kandungan kemas kini One UI 5.1 dijangka akan menambah baik kestabilan sistem peranti, pengenalan ciri baharu serta meningkatkan ciri keselamatan peranti.

Berkaitan

  • realme 10 Rasmi Untuk RM999, Dilengkapi Super AMOLED Dan Kamera 50MP
  • Polis Guna MCOPS Untuk Semak Lesen Dan Cukai Jalan, Jamin 'Road Block' Tak Sesak
  • realme GT3 Dengan Pengecasan 240W Sah Masuk Malaysia

Sumber: Sammy Fans

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY