Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Umum PlayStation 4 Pro Red Dead Redemption 2 Bundle

Sony Umum PlayStation 4 Pro Red Dead Redemption 2 Bundle

Diterbitkan September 26, 2018 ยท Dikemas kini September 26, 2018 oleh Haikel Areff

Pemainan popular dari Rockstar Games, Red Dead Redemption 2 akan diperkenalkan pada 26 Oktober kelak. Sehubungan dengan itu, Sony telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan PS4 Red Dead Redemption 2 Bundle.

Sony Umum PlayStation 4 Pro Red Dead Redemption 2 BundleKredit : Sony

Namun, buat masa ini ia hanya diumumkan bagi pasaran Eropah dan Amerika Utara sahaja. Tambahan pula, rekaan PS4 Pro yang dijual bersama bundle ini hanyalah edisi biasa sahaja dan bukannya edisi khas seperti yang dimiliki oleh Spider-Man atau Kingdom Hearts sebelum ini.

Perkara itu mungkin agak mengecewakan terutama sekali bagi mereka yang merupakan peminat siri permainan Red Dead Redemption ini. Selepas lebih 8 tahun menunggu, mereka pastinya mengharap lebih daripada sekadar “bundle”.

Selain Red Dead Redemption, Rockstar juga merupakan pembangun bagi satu lagi siri popular, Grand Theft Auto. Selain PlayStation4, permainan ini turut akan hadir pada platform Xbox One. Setakat ini, tiada sebarang maklumat mengenai kehadiran permainan ini ke PC.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY