Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Uji Prototaip Watak AI Dalam Permainan PlayStation

Sony Uji Prototaip Watak AI Dalam Permainan PlayStation

Diterbitkan Mac 11, 2025 · Dikemas kini Mac 11, 2025 oleh Amalina Athman

Sony dilapor sedang membangunkan versi kecerdasan buatan (AI) bagi watak permainan PlayStation, dengan Aloy dari Horizon Forbidden West sebagai protaip.

Pendedahan ini dibuat menerusi sebuah video dalaman yang disampaikan oleh Sharwin Raghoebardajal, Pengarah Kejuruteraan Perisian Sony Interactive Entertainment.

Dalam video yang kini telah dipadam dari YouTube, Raghoebardajal memperlihatkan bagaimana watak Aloy versi AI mampu berinteraksi dengan pemain menggunakan arahan suara semasa permainan.

Sony Uji Prototaip Watak AI Dalam Permainan PlayStation

Aloy bukan sahaja memberi respons dengan suara sintetik berasaskan AI,  tetapi juga memaparkan pergerakan wajah yang realistik, sama ada dalam persekitaran demo mahupun dalam permainan penuh Horizon Forbidden West.

Namun, menurut Raghoebardajal, ia hanyalah prototaip yang dibangunkan bersama Guerrilla Games untuk demonstrasi dalaman Sony.

Teknologi AI yang digunakan

Demo teknologi itu menggunakan Whisper dari OpenAI untuk transkripsi suara ke teks, serta GPT-4 dan Llama 3 bagi perbualan dan pembuatan keputusan. Selain itu, Sony turut mempunyai sistem dalaman sendiri, Emotional Voice Synthesis (EVS), untuk penjanaan suara, manakala animasi audio-ke-wajah dikuasakan oleh teknologi Mockingbird.

Walaupun prototaip itu dijalankan di PC, Sony turut menguji keupayaannya pada konsol PS5.

Buat masa ini, masih belum jelas apa perancangan Sony dengan teknologi itu atau sama ada ia akan digunakan dalam permainan sebenar kelak.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Sony Akan Jadi Pemegang Saham Terbesar Kadokawa
  • Sony Umum Projek Amethyst, Bayangan Awal Teknologi PS6
  • Kenapa PlayStation Portal Tidak Seperti PS Vita Atau Nintendo Switch? Ini Penjelasan Sony

Sumber: The Verge
Gambar utama: PlayStation

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY