Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Trump cabinet meeting

PC, Perkakasan Dan Telefon Pintar Bebas Tarif? Trump Tegaskan Tidak Akan Terlepas

Diterbitkan April 14, 2025 · Dikemas kini April 14, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas media melaporkan bahawa peralatan elektronik termasuklah komputer, komponen elektronik dan telefon pintar dikecualikan daripada tarif, tanpa mengira negara asalnya, Setiausaha Perdagangan, Howard Lutnick, mengatakan bahawa walaupun produk-produk ini dikecualikan daripada tarif timbal balik, ia masih termasuk dalam tarif semikonduktor yang dijangka dikenakan dalam satu atau dua bulan lagi.

Presiden AS, Donald Trump menegaskan bahawa tiada negara yang akan “terlepas” daripada tarif walaupun terdapat penangguhan selama 90 hari untuk sebahagian cukai import. Beliau juga memperkecilkan pengecualian terhadap produk teknologi China.

“TIADA siapa yang ‘terlepas’ daripada Imbangan Perdagangan yang tidak adil, dan Halangan Tarif Bukan Monetari, yang telah digunakan oleh Negara lain terhadap kita, terutamanya China yang, setakat ini, melayan kita paling teruk!” tulisnya di platform Truth Social pada hari Ahad.

Walaupun kebanyakan negara kini menghadapi tarif asas sebanyak 10% untuk tempoh tiga bulan, China masih dikenakan tarif lebih tinggi sehingga 145%, dan membalas dengan tarif 125% terhadap barangan AS.

Trump berkata pengecualian yang diberikan terhadap barangan seperti semikonduktor dan elektronik dari China bukan bermakna produk itu bebas tarif, sebaliknya masih tertakluk di bawah kadar 20% dalam kategori tarif yang berbeza.

Pentadbiran Trump masih belum menyatakan terma jelas untuk perjanjian perdagangan, tetapi menyatakan hasrat untuk berunding, termasuk dengan China. Namun, tiada rundingan dijadualkan antara Trump dan Presiden China, Xi Jinping setakat ini.

Kementerian Perdagangan China menyifatkan pengecualian baru-baru ini hanya “langkah kecil” dan mendesak agar keseluruhan dasar tarif dibatalkan.

Tambahan pula, produk pengguna seperti elektronik berkemungkinan akan dikenakan tarif sektor khas dalam masa terdekat atas alasan keselamatan negara.

Sementara itu, China mengukuhkan hubungan dengan negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Malaysia dan Kemboja, manakala AS berdepan tekanan domestik apabila pelabur dan jutawan Wall Street mengkritik strategi tarif Trump sebagai merugikan ekonomi.

White House tetap mempertahankan dasar tersebut dan mendakwa ia berjaya membuka banyak rundingan perdagangan baharu dalam tempoh penangguhan tarif 90 hari itu.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Malaysia Pun Tak Terkecuali, Harga PS Plus Sah Naik Mulai April Ini
  • China Balas Tarif Trump Dengan 125%, Sindir Akan Jadi ‘Bahan Jenaka’

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY