Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ps plus

Harga Langganan PlayStation Plus Naik Di 15 Negara

Diterbitkan April 10, 2025 ยท Dikemas kini April 10, 2025 oleh Amsyar Latif

Sony Interactive Entertainment mengumumkan bahawa harga langganan PlayStation Plus di 15 negara Amerika Latin akan meningkat mulai 16 April disebabkan keadaan pasaran global.

Negara-negara terlibat termasuk Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Costa Rica, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Honduras, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, dan Uruguay.

Kenaikan harga ini akan memberi kesan kepada ketiga-tiga pelan langganan, iaitu:

  • Essential: Bermula daripada $7.99 (1 bulan), $20.99 (3 bulan), $64.99 (12 bulan)
  • Extra: Bermula daripada $11.99 (1 bulan), $33.99 (3 bulan), $107.99 (12 bulan)
  • Deluxe: Bermula daripada $13.99 (1 bulan), $39.99 (3 bulan), $124.99 (12 bulan)

Pengguna sedia ada akan dikenakan harga baharu pada kitaran bayaran seterusnya mulai 24 Jun. Sebarang perubahan langganan selepas 16 April akan terus menggunakan harga baharu ini.

Sebagai perbandingan, harga langganan 12 bulan di Malaysia untuk pelan Essential, Extra dan Deluxe adalah RM235, RM400 dan RM460.

Belum diketahui lagi adakah pengguna tempatan akan terkesan juga tetapi berkemungkinan besar satu hari nanti harga langganan di Malaysia akan meningkat.

kemas kini: Malaysia turut terkesan dengan kenaikan ini. Rujuk SINI.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • CEO Xbox Dedah Kenapa Xbox Mahu Jual 'Game' Di PlayStation 5
  • Sony Uji Prototaip Watak AI Dalam Permainan PlayStation
  • PlayStation Portal Hadir Dengan Fungsi Baharu - Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY