Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony PS5 Shopee

Sony Adakan “Acara” 10 September Ini, PS5 Pro Berkemungkinan Besar Diumum

Diterbitkan September 10, 2024 · Dikemas kini September 10, 2024 oleh Amsyar Latif

Selepas mengacah PlayStation 5 Pro minggu lalu, Sony kini mengumumkan pembentangan teknikal selama 9 minit pada 10 September jam 11 malam.

Pembentangan tersebut bakal dibentangkan ketua arkitek konsol PS5, Mark Cerny di mana ia memfokuskan PS5 dan juga inovasi dalam teknologi permainan.

Sony Adakan “Acara” 10 September Ini, PS5 Pro Berkemungkinan Besar Diumum

Walaupun tiada perkataan ‘pro’ di dalam catatan blog PlayStation, tapi kita menjangkakan yang Sony bakal mengumumkan konsol terbaru mereka, iaitu PlayStation 5 Pro.

Ia adalah selari dengan laporan sebelum ini yang mana konsol itu akan diumumkan awal September dan bakal dilancarkan sekitar November tahun ini.

Tambahan lagi, berdasarkan laman PlayStation pun ada mengatakan ‘inovasi dalam teknologi permainan’. Perkara ini juga boleh dikaitkan dengan desas-desus terdahulu yang mengatakan PS5 Pro menawarkan peningkatan prestasi sehingga 45%, teknologi PSSR dan juga ray-tracing.

Berkaitan

  • PlayStation 5 Pro Dikatakan Guna Teknologi PSSR, Resolusi 4K 60FPS
  • Ura-Ura: Rekaan PlayStation 5 Pro Ada Jalur Baharu, Tebal Dari 'Slim'
  • Sony Mungkin Diam-Diam Mengacah Rekaan PlayStation 5 Pro

Sumber: PlayStation

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY