Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (11)

PlayStation 5 Pro Dikatakan Guna Teknologi PSSR, Resolusi 4K 60FPS

Diterbitkan Mac 20, 2024 oleh Muhd Idham

Setelah hampir 4 tahun berlalu selepas keluaran permainan konsol PlayStation 5 serta telah dipertingkatkan reka bentuknya menjadi PlayStation 5 Slim pada tahun lepas, Sony kini dikhabarkan untuk melancarkan PlayStation 5 versi Pro dengan menerapkan teknologi PSSR.

Untuk pengetahuan anda, teknologi terbaru yang dinamakan sebagai PSSR atau PlayStation’s Spectral Super Resolution ini dijangka mampu menawarkan prestasi gaming yang jauh lebih maju dari segi resolusi untuk platform permainan konsol.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • Cara Pantau Dan Hadkan Masa Bermain Anak Di Steam
  • Monitor MSI QD-OLED Kini Rasmi Di Malaysia, Ini Harganya

Sony kini dilapor sedang menguji kemampuan PSSR untuk membawa kualiti resolusi 4K 60FPS dan 8K 30FPS ke konsol PS5 Pro. Buat masa sekarang, PS5 Pro baru mencatatkan rekod resolusi 3840 x 2160 dengan penerapan teknologi PSSR.

Matlamat asal Sony adalah untuk membawakan resolusi 4K 120FPS dan 8K 60FPS. Namun, tidak pasti sama ada ia mampu dicapai atau tidak.

Jangkaan spesifikasi untuk PS5 versi Pro adalah terdiri daripada 576GB memori, CPU berkadar 3.85Ghz dan GPU dipertingkatkan untuk render 45 peratus lebih laju daripada PS5 versi standard.

Apa-apa pun, PlayStation 5 Pro dijangka hadir tahun ini. Sekiranya benar, sesuailah ia menggunakan penamaan “pro”.

Sumber: Insider Gaming

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY