Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PS5 Pro

Ura-Ura: Rekaan PlayStation 5 Pro Ada Jalur Baharu, Tebal Dari ‘Slim’

Diterbitkan Ogos 30, 2024 oleh Amsyar Latif

Hampir empat tahun sejak PlayStation 5 dilancarkan dan tiga tahun kemudian, versi slim diumumkan walaupun Sony tidak menggelarnya PS5 Slim. Kini, ada yang sudah menunggu versi Pro pula.

Pada kebiasaannya, Sony akan mengeluarkan PS5 Pro yang mana ia akan menerima naik taraf pada perkakas dalaman.

Konsol tersebut bukan lagi rahsia di mana pembangun sudah pun menerima kit konsol untuk pembangun menghasilkan permainan bagi konsol baharu ini.

Menurut sumber daripada Dealabs, mereka mengatakan telah melihat bungkusan PS5 Pro. Namun, mereka tidak berkongsikan gambar. Sebaliknya, hanya membuat lakaran sahaja.

PS5 Pro

Berdasarkan lakaran dikongsikan, PlayStation 5 Pro akan ada jalur baharu, berwarna putih dan mirip versi ‘slim’ tetapi lebih tebal.

Selain itu, ia juga menawarkan dua port USB-C. Dalam lakaran itu lagi, slot pemacu cakera tidak dilihat. Tidak pasti, sama ada ia menawarkan versi itu nanti.

PS5 new 2023_3

Untuk alat kawalannya pula, ia dikhabarkan sama saja, iaitu DualSense. Berdasarkan laporan, PS5 Pro bakal diumumkan pada awal September dan mungkin dilancarkan sekitar November tahun ini juga.

Imbas kembali, konsol tersebut dijangka memberikan peningkatan prestasi sehingga 45%, teknologi PSSR dan memfokuskan ray-tracing.

Berkaitan

  • Jualan PlayStation 5 Kini Melepasi 50 Juta Unit
  • Kemas Kini Terbaru PlayStation 5 Sekat Peranti 'Cheat' Untuk Permainan FPS
  • PlayStation 5 Pro Dikatakan Guna Teknologi PSSR, Resolusi 4K 60FPS
  • Anda Kini Boleh Ubah Tetapan Alat Kawalan Jauh DualSense Edge Dari Komputer

Sumber: Dealabs

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY