Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony 30th Anniversary

Sony Mungkin Diam-Diam Mengacah Rekaan PlayStation 5 Pro

Diterbitkan September 6, 2024 · Dikemas kini September 6, 2024 oleh Amalina Athman

Selepas berbulan khabar angin, Sony mungkin baru sahaja mengacah rekaan konsol permainan baharu yang dirujuk sebagai PlayStation 5 Pro (PS5 Pro).

Dalam catatan blog yang menyertakan imej Ulang Tahun ke-30 PlayStation, terdapat imej konsol permainan yang kelihatan “mencurigakan” dan tidak sepadan dengan rupa mana-mana produk PlayStation sebelum ini. Lebih menarik, ia kelihatan sama seperti kebocoran PS5 Pro sejak minggu lalu.

imej PS5 Pro leaks_0
Imej Sony vs lakaran PS5 Pro yang bocor.

Dealabs minggu lalu melaporkan bahawa ia telah melihat bungkusan PS5 Pro dan kemudian menghasilkan lakaran yang menunjukkan tiga jalur di tengah-tengah konsol.

Sony 30th Anniversary_2

Ketiga-tiga jalur hitam itu boleh dilihat jelas dalam imej montaj Sony, dan tidak seperti jalur yang boleh ditemui di PS5. Zum masuk antara logo PlayStation”S” dan “3”, anda akan melihat rekaan tersebut.

Tidak hanya itu, akaun rasmi PlayStation di Instagram turut menyiarkan imej ulangtahun itu dengan pautan “Your first look 👀”.

Sony 30th Anniversary_3
Instagram Stories PlayStation

Ini jelas bukan pengumuman rasmi atau pengesahan tentang PS5 Pro, tetapi ia memberikan gambaran yang cukup hampir dengan rekaan konsol permainan baharu itu kelak.

Berkaitan

  • PS5 Pro Dilapor Tiga Kali Lebih Pantas, Mungkin Hadir Tahun Ini
  • Pelancaran PS5 Pro Makin Hampir, Sony Dilapor Minta Pembangun Buat Persiapan
  • Sony Perkenal DualSense Astro Bot - Berharga RM399, Prapesan Bermula 9 Ogos
  • Ura-Ura: Rekaan PlayStation 5 Pro Ada Jalur Baharu, Tebal Dari 'Slim'

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY