Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sony kadokawa_

Sony Akan Jadi Pemegang Saham Terbesar Kadokawa

Diterbitkan Disember 20, 2024 ยท Dikemas kini Disember 20, 2024 oleh Amalina Athman

Sony akan menjadi pemegang saham terbesar syarikat media gergasi Jepun dan syarikat induk FromSoftware, Kadokawa Corporation, memegang kira-kira 10% sahamnya – termasuk pegangan yang diperoleh pada Februari 2021.

Mengikut perjanjian pakatan strategik modal dan perniagaan, Kadokawa akan menjalankan peruntukan pihak ketiga kepada Sony pada 7 Januari 2025, di mana Sony akan memperoleh 12.05 juta saham baharu Kadokawa dengan nilai kira-kira 50 bilion yen (sekitar RM1.43 bilion).

Dalam kenyataan bersama (1, 2), Sony dan Kadokawa menyatakan hasrat untuk mengukuhkan lagi kerjasama bagi memaksimumkan nilai IP kedua-dua syarikat di peringkat global.

Kedua-duanya merancang inisiatif khusus untuk kerjasama, termasuk menyesuaikan IP Kadokawa ke dalam filem live-action dan drama TV, menerbitkan anime bersama, mengembangkan pengedaran global anime Kadokawa, menerbitkan permainan serta mengembangkan bakat untuk pengeluaran maya.

Sebelum disahkan secara rasmi, spekulasi sebelum ini mengatakan bahawa Sony sedang mempertimbang untuk mengambil alih syarikat tersebut. Kadokawa kemudiannya mengesahkan bahawa Sony telah menyatakan minat untuk memperoleh saham, namun pada masa itu, tiada keputusan yang dibuat.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Sony Dilapor Dalam Perbincangan Ambil Alih Syarikat Di Sebalik Studio Elden Ring
  • Kadokawa Sahkan Sony Berminat Ambil Alih Syarikat
  • Sony Sahkan Minat Untuk Beli Kadokawa, Syarikat Induk FromSoftware

Sumber: Sony

Gambar utama: Wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY