Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Amethyst

Sony Umum Projek Amethyst, Bayangan Awal Teknologi PS6

Diterbitkan Disember 20, 2024 oleh Rushsyafizal

Sony baru-baru ini memberi bayangan awal tentang teknologi yang mungkin akan digunakan dalam PlayStation 6 (PS6), walaupun konsol tersebut belum diumumkan secara rasmi. Mark Cerny, arkitek utama konsol PlayStation, dalam video terbaharu telah berkongsi maklumat mengenai hala tuju teknologi Sony.

Sony juga baru sahaja melancarkan PS5 Pro, iaitu versi penambahbaikan daripada PS5 dengan ciri lebih maju. Dalam pembentangan tersebut, Cerny menjelaskan teknologi teras PS5 Pro yang merangkumi peningkatan prestasi grafik dan ray tracing. Menariknya, beliau turut menyentuh projek baharu Sony dengan AMD yang dikenali sebagai ‘Amethyst’.

Projek ini memberi tumpuan kepada dua aspek utama. Pertama, ia bertujuan memperluaskan kebolehan pembelajaran mesin (machine learning) bagi menyokong pengalaman permainan lebih pintar dan responsif. Kedua, projek ini fokus kepada meningkatkan kehebatan grafik permainan dengan lonjakan besar dalam teknologi ray tracing untuk menghasilkan visual lebih realistik dan mendalam.

Kerjasama ini mengesahkan laporan sebelum ini bahawa AMD akan terus menjadi rakan teknologi Sony untuk konsol masa hadapan. Berdasarkan kitaran konsol terdahulu, PS6 dijangka dilancarkan sekitar tahun 2028.

Jangkaan pelancaran itu juga selari dengan apa yang dikatakan Microsoft tahun lalu di mana konsol generasi terbaru (Xbox dan PlayStation baharu) akan dilancarkan seawal tahun 2028.

Walaupun pelancarannya masih jauh, perkembangan ini jelas menunjukkan komitmen Sony dalam merevolusi pengalaman permainan generasi akan datang.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • LG Lancar TV OLED 4K Lut Sinar Dan Wayarles Pertama Di Dunia Berharga RM270 Ribu
  • SanDisk Dijenamakan Semula Dengan Logo Baharu
  • Kerajaan Pantau Had Umur Pada Platform Media Sosial Mulai Januari Depan
  • Sony Akan Jadi Pemegang Saham Terbesar Kadokawa

Sumber: eurogamer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY