Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
playstation portal

Kenapa PlayStation Portal Tidak Seperti PS Vita Atau Nintendo Switch? Ini Penjelasan Sony

Diterbitkan Januari 2, 2025 oleh Amsyar Latif

Sony telah memberikan penjelasan jelas mengapa PlayStation Portal, konsol permainan mudah alih berharga RM999, tidak direka untuk memainkan permainan secara natif seperti PS Vita atau Nintendo Switch. Sebaliknya, Portal hanya menyokong Remote Play dan kini juga menawarkan penstriman awan melalui program beta, menjadikannya alat untuk bermain permainan PS5 tanpa memerlukan konsol fizikal.

Keputusan ini mencetuskan persoalan: mengapa Sony memilih pendekatan ini? Dalam temu bual dengan Famitsu, Ketua Kumpulan Perniagaan Platform PlayStation, Hideaki Nishino, menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan pada kepraktisan dan keuntungan.

Mudahkan pembangun permainan

Menurut Nishino, Sony ingin memastikan pengalaman yang mudah untuk pembangun permainan tanpa menambah kerumitan dalam proses pembangunan.

Mereka tidak mahu memaksa pembangun menyesuaikan permainan untuk peranti berkuasa rendah seperti yang diperlukan jika Sony melancarkan konsol permainan ‘handheld’ baharu, seperti PS Vita 2.

Bayangkan, permainan yang sama tetapi dua platform berbeza, ini akan membuatkan pembangun perlu mengoptimumkan bagi setiap platform yang ada.

“Kami fikir penting untuk menyediakan sistem yang membolehkan pembangun menawarkan permainan tanpa gangguan,” jelas Nishino.

Dengan Remote Play dan penstriman awan, pembangun tidak perlu mengubah kod permainan mereka untuk menyesuaikan dengan sekatan seperti skrin kecil atau kapasiti memori yang terhad. Sebaliknya, permainan yang sama yang direka untuk PS5 boleh dimainkan tanpa perubahan tambahan.

Falsafah Sony dan masa depan platform

PS Portal

Nishino juga menyatakan bahawa mengendalikan banyak platform permainan secara serentak boleh menjadi beban besar bagi Sony dan pembangun. Seiring evolusi teknologi, Sony melihat peluang untuk menawarkan pelbagai gaya permainan tanpa membebankan pembangun dengan sistem seperti Remote Play dan penstriman awan.

“Dulu, mengendalikan pelbagai platform serentak menjadi beban. Sekarang, kami cuba mengurangkan itu dengan teknologi,” tambah Nishino.

Keputusan untuk fokus pada Remote Play dan penstriman awan juga mencerminkan falsafah Sony. Nishino menekankan bahawa matlamat utama adalah memberikan fleksibiliti kepada pembangun sambil menyokong mereka dengan teknologi yang memudahkan pengeluaran kandungan.

“Walaupun bentuk produk berubah, kami akan terus menyokong pembangun untuk menyediakan kandungan dengan lebih lancar,” katanya.

Konsol permainan ‘handheld’ untung besar

Keputusan Sony juga mempunyai alasan komersial. PlayStation Portal adalah produk yang sangat menguntungkan kerana tidak memerlukan pelaburan besar dalam pembangunan cip pemprosesan atau perkakasan khusus seperti konsol permainan mudah alih tradisional — ROG Ally, Lenovo Legion Go, MSI Claw, Steam Deck dan lain-lain.

Tambahan lagi, data terbaru yang menunjukkan jumlah pengguna PS Portal juga dapat memberi bayangan yang aksesori PS5 itu sebenarnya memang dapat sambutan.

Dengan harga RM999, Portal menawarkan cara yang lebih murah untuk pemain menikmati permainan PS5, sama ada melalui Remote Play atau penstriman awan, tanpa memerlukan konsol tambahan.

Berkaitan

  • Sony PlayStation Portal Hanya Sekadar Aksesori Premium PS5
  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • PlayStation Portal Kini Sokong 'Cloud Gaming' Permainan PS5
  • Sony Sedang Bangunkan Konsol 'Handheld' Untuk Permainan PS5
  • PlayStation Portal Antara Kejayaan Besar - Sony
  • Sony Umum Projek Amethyst, Bayangan Awal Teknologi PS6

Sumber: TweakTown

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY