Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
light of motiram

Sony Saman Tencent Kerana Didakwa Tiru Siri Permainan Horizon Zero Dawn

Diterbitkan Julai 29, 2025 ยท Dikemas kini Julai 29, 2025 oleh Amsyar Latif

Sony Interactive Entertainment telah memfailkan saman terhadap Tencent di Mahkamah Persekutuan California atas dakwaan melanggar hak cipta dan tanda dagangan berkaitan siri permainan popular Horizon.

Dalam saman itu, Sony mendakwa permainan Light of Motiram yang diterbitkan oleh Tencent meniru secara ketara elemen utama dari siri Horizon Zero Dawn (HZD) dan Horizon Forbidden West.

Antara persamaan yang disebut termasuk reka bentuk watak utama wanita berambut merah (mirip Aloy watak HZD), persekitaran dunia pasca-apokalips, dan kehadiran robot gaya primitif.

Sony Saman Tencent Kerana Didakwa Tiru Siri Permainan Horizon Zero Dawn
Horizon Zero Dawn

Sony turut mendedahkan bahawa Tencent sebelum ini pernah mencadangkan kerjasama untuk membangunkan versi mudah alih Horizon, tetapi permintaan itu ditolak.

Tidak lama selepas itu, Tencent meneruskan pembangunan Light of Motiram secara sendiri.

Permainan tersebut didakwa menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pemain, seolah-olah ia adalah judul rasmi keluaran Sony. Beberapa media luar turut menyuarakan perkara sama, malah ada yang menyifatkan ia sebagai “Horizon versi tiruan”.

Sony menuntut pampasan kewangan dan perintah mahkamah untuk menghentikan pelancaran serta memusnahkan bahan promosi berkaitan.

Setakat ini, pihak Tencent masih belum memberikan kenyataan rasmi.

Berkaitan

  • Ramai Sanggup Bayar Lebih, Sony Bagi 'Hint' Naikkan Harga PS Plus
  • Pendapatan Sony Melonjak - PS5, Sensor Kamera, Anime Penyumbang Utama
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei

Sumber: reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY