Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony, AFP

Pendapatan Sony Melonjak – PS5, Sensor Kamera, Anime Penyumbang Utama

Diterbitkan Jun 26, 2025 oleh Amsyar Latif

Sony Group mencatat keuntungan bersih sebanyak ¥1.14 trilion (~RM34 bilion) bagi tahun fiskal berakhir 31 Mac 2025, meningkat 17% berbanding tahun sebelumnya. Prestasi ini didorong oleh kejayaan PlayStation 5 serta segmen sensor kamera untuk peranti mudah alih.

Segmen permainan video (Game & Network Services) menjana pendapatan tertinggi dengan ¥4.67 trilion. PS5 terus menjadi nadi utama, dengan 124 juta pengguna aktif bulanan di platform PlayStation. Sony kini giat meluaskan IP permainan ke PC dan media hiburan seperti filem dan siri TV, selain memperkenal perkakasan baharu seperti PlayStation Portal.

Segmen sensor imej (Imaging & Sensing Solutions) pula mencatat rekod hasil sebanyak ¥1.8 trilion. Sony menumpukan kepada pembangunan sensor bertindan untuk telefon pintar, kegunaan automotif dan teknologi laser untuk pusat data berasaskan AI.

Dalam muzik dan kandungan, Sony melihat pertumbuhan kukuh melalui penstriman dan pelaburan dalam artis antarabangsa dan indie. Studio anime baharu, HAYATE, ditubuhkan hasil kerjasama Aniplex dan Crunchyroll untuk mengukuhkan lagi pengaruh global.

Walaupun segmen filem terjejas oleh mogok industri di Hollywood, penstriman anime melalui Crunchyroll melonjak dengan lebih 17 juta pelanggan berbayar.

Sony juga merancang adaptasi filem berdasarkan IP PlayStation termasuk Ghost of Tsushima.

Selain itu, sebanyak ¥734.6 bilion dilabur dalam R&D, dengan fokus pada AI, teknologi penciptaan kandungan dan pembangunan platform digital Sony secara menyeluruh.

Sony turut mengumumkan pelan pemisahan unit kewangannya, Sony Financial Group, pada 1 Oktober 2025 bagi memberi lebih tumpuan kepada industri hiburan.

Saham juga telah dipecah 5-untuk-1 dan syarikat meluluskan pembelian balik saham bernilai ¥250 bilion sebagai strategi penambah nilai kepada pemegang saham.

Melalui laporan kewangan Sony, kita dapat mengetahui yang Sony bukan lagi sekadar syarikat elektronik tetapi mereka sedang bergerak ke arah menjadi gergasi hiburan digital, teknologi penciptaan, dan penyedia kandungan IP global.

Berkaitan

  • Telefon 'Flagship' Xperia Dilapor Tak Lagi Dihasilkan Sony Sendiri
  • Ramai Sanggup Bayar Lebih, Sony Bagi 'Hint' Naikkan Harga PS Plus
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY