Konsol permainan PlayStation terjual lebih daripada 450 juta unit di seluruh dunia.
Sony secara rasminya telah dianugerahkan sebagai pemegang Rekod Dunia Guinness menerusi konsol permainan popularnya iaitu PlayStation.
Ia diumumkan oleh Sony di laman rasmi Twitter PlayStation hari ini.
https://twitter.com/PlayStation/status/1201778321345769472?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1201778321345769472&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.cnet.com%2Fnews%2Fsony-playstation-gets-guinness-world-record-for-best-selling-console-brand%2F
Menjadikannya lebih manis, anugerah itu diterima ketika PlayStation meraikan ulang tahun ke-25 nya tahun ini.
"Starting from a humble beginning as an upstart within Sony, Ken Kutaragi and team delivered on a vision to elevate video games as a form of entertainment that everyone could enjoy, and to make a platform for game developers to express their creativity." PlayStation blog.
Konsol generasi pertama PlayStation telah dilancarkan secara rasminya di Jepun pada 3 Disember 1994 dahulu. Selepas itu, Sony PlayStation terus berkembang dan berevolusi menerusi PS2, PS3 dan PS4.
PlayStation generasi pertama telah terjual sebanyak 100,000 unit dalam masa sehari saja sebaik ia menjengah pasaran Jepun.
Berdasarkan data dari Rekod Dunia Guinness, konsol PlayStation telah terjual lebih daripada 450 juta unit setakat 7 November 2019.
Sumber: Cnet
Berkaitan
- Sony Mendedahkan Logo Rasmi PS5, Sah Akan Dipasarkan Tahun Ini
- Malaysia Bukan Lagi Fokus Utama Bagi Pasaran Telefon Pintar Sony
- Ini Rupa Animasi Logo PS5 Apabila Memulakan Permainan Pada Konsol Sony Terbaru Itu
- 'Scalper' Khabarnya Berdepan Masalah Jual Semula Konsol PlayStation 5
- Firma Malaysia Akan Turut Sama Membantu Pembangunan Permainan PlayStation Tahun Hadapan
- Pembangun WannaCry Dan Penggodam Sony Dikenakan Tindakan Oleh A.S
- Sony Mengesahkan Acara Khas PlayStation 5 Akan Diadakan Pada Minggu Hadapan
- Aksesori Hub USB-C Dari Sony Ini Merupakan Yang Terpantas Di Dunia
- Sony Mengejutkan Pengunjung CES Dengan Prototaip Kereta Vision-S
- Spesifikasi Rasmi Konsol Permainan PlayStation 5 Didedahkan