Hanya logo, rupa konsol PS5 masih tidak didedahkan.
Di acara ringkas khas Sony yang berlangsung hari ini di CES 2020, Presiden dan CEO PlayStation Jim Ryan mendedahkan secara rasminya rekaan logo yang akan digunakan pada konsol permainan terbaru mereka nanti iaitu PlayStation 5 (PS5)

Malah Sony juga turut mengesahkan bahawa konsol permainan terbaru mereka itu akan mula dipasarkan pada tahun ini juga. (Mungkin antara bulan Oktober hingga Disember tahun ini. Tiada tarikh tepat dinyatakan).
Selain itu, Sony juga mendedahkan serba sedikit ciri utama konsol permainan tersebut seperti sokongan audio 3D, paparan Ultra HD dan penggunaan storan pantas SSD.

Berbalik kepada logo PS5, bagaimana dengan para peminat tegar konsol Sony? Adakah anda suka dengan rekaan logo tersebut?

Berkaitan
- Benarkah Sony Akan Menghasilkan Alat Kawalan PS5 Bertemakan McDonald's?
- Sony Mengesahkan Acara Khas PlayStation 5 Akan Diadakan Pada Minggu Hadapan
- Sony Berdepan Boikot Dari Peminat Marvel Berikutan Penarikan Filem Spider-Man Dari MCU
- Menegakkan Konsol PS5 Anda Akan Menjahanamkannya - Pakar
- Surface Duo, PS5 Dan Insta360 One R Antara Yang Tersenarai Dalam 100 Inovasi Terbaik Tahun 2020 Oleh Majalah Time
- Ini Gambaran Awal Yang lebih Jelas Perbandingan Saiz Konsol PS5, Xbox Series S Dan Series X
- Sony Dan Facebook Menarik Diri Dari Menyertai Acara GDC 2020
- Tempah PS5 Tapi Dapat Blok Konkrit
- Ini Mungkin TV Paling Mahal Yang Berada Di Pasaran Untuk Konsol PS5 Atau Xbox Series X Baru Anda
- 2 Model Sony Walkman Terbaru Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi