Seakan montaj Marvel.
Sony telah mendedahkan rupa animasi logo PlayStation 5 apabila konsol permainan terbaru itu dihidupkan.
Sebelum logo PS5 dipaparkan sepenuhnya, turutan permainan popular konsol tersebut seperti karektor dari Uncharted's Nathan Drake, Horizon: Zero Dawn's Aloy, Ratchet & Clank, God of War's Kratos, Ellie from The Last of Us dan LittleBigPlanet's Sackboy akan ditonjolkan terlebih dulu.
https://www.youtube.com/watch?v=UvXVA_ZLAWo&feature=emb_logo
Walaubagaimanapun, para peminat PS mengaitkan animasi logo PS5 baru itu dengan montaj yang digunakan Marvel dalam filem-filem terbitan mereka.
Susulan itu, pihak Sony telah respon terhadap perbandingan montaj tersebut oleh para peminat mereka.
"We're all huge Marvel fans. One of our biggest games of all time has a Marvel character in it with Spider-Man. But this is really about doing something specific for our games and our industry. The cinematic you've seen is the one that has multiple games in it. But over time, as we introduce well established franchises, we can tailor that opening a bit to possibly show the franchise over the years, new characters that have come into play... There's a lot we can do that we're really excited about." Eric Lempel, Timbalan Presiden Kanan dan Ketua Pemasaran Global, Sony Interactive Entertainment.
Konsol permainan PlayStation5 dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada lewat tahun ini.
Sumber: Games Industry
Berkaitan
- Sony PlayStation Dianugerahkan Rekod Dunia Guinness Sebagai Konsol Permainan Paling Laris Terjual Di Dunia
- Ini Mungkin TV Paling Mahal Yang Berada Di Pasaran Untuk Konsol PS5 Atau Xbox Series X Baru Anda
- Sony Tayang EV Dikawal Guna Alat Kawalan Jauh Konsol PS5
- Surface Duo, PS5 Dan Insta360 One R Antara Yang Tersenarai Dalam 100 Inovasi Terbaik Tahun 2020 Oleh Majalah Time
- PUMA Dan Sony Berkolaborasi, Lancar Pakaian Dan Aksesori Bertemakan PlayStation
- Alat Kawalan PS5 Mungkin Dilengkapi Ciri Imbasan Degupan Jantung Dan Peluh Tangan
- Sony Diam-Diam Tidak Lagi Menjual Kamera DSLR
- Sony Dan Facebook Menarik Diri Dari Menyertai Acara GDC 2020
- Judul Permainan PS5 Yang Boleh Dimainkan Pada Kadar Bingkai 120fps Setakat Ini
- Malaysia Bukan Lagi Fokus Utama Bagi Pasaran Telefon Pintar Sony