4 Jun 2020.
Sony hari ini mengesahkan bahawa mereka akan mengadakan acara khas bagi konsol permainan generasi terbaru PlayStation 5 pada minggu hadapan.
Sony memaklumkannya menerusi laman rasmi PlayStation.Blog yang dibuat oleh Jim Ryan, hari ini. Acara istimewa tersebut akan berlangsung secara atas talian pada 4 Jun 2020 nanti.

Sony menyatakan, para peminat boleh menonton secara langsung acara tersebut menerusi Twitch atau YouTube.
"Please join us on Twitch or YouTube on June 4 at 1pm PDT / 9pm BST / 10pm CEST to see what’s in store for the next generation of games. I hope we can make you proud." Jim Ryan.
Seperti semua sedia maklum, Sony telah pun berkongsikan lebih awal spesifikasi teknikal konsol permainan tersebut, tapi belum ada judul permainan didedahkan yang menyokong sepenuhnya ciri-ciri utama konsol permainan tersebut.
Jadi, Sony memaklumkan bahawa mereka akan mendedahkan judul-judul permainan yang dibina khusus untuk dimainkan bersama PS5 pada acara itu nanti.
"...I’m excited to share that we will soon give you a first look at the games you’ll be playing after PlayStation 5 launches this holiday. The games coming to PS5 represent the best in the industry from innovative studios that span the globe." Jim Ryan.
https://twitter.com/PlayStation/status/1266384121460191234?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1266384121460191234&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.theverge.com%2F2020%2F5%2F29%2F21274339%2Fsony-playstation-5-ps5-event-time-date-games-hardware-design
Beliau juga memberitahu bahawa acara mereka ini akan berlangsung lebih daripada sejam.
"This digital showcase will run for a bit more than an hour and, for the first time, we will all be together virtually experiencing the excitement together."
Acara ini dijangkakan akan lebih memfokuskan kepada judul-judul permainan yang akan disokong oleh PS5 bagi memperlihatkan teknologi dan ciri-ciri baru yang ada pada konsol permainan tersebut.
Sementara tarikh rasmi bagi pelancaran konsol PS5 pula masih misteri sehingga kini. Sony hanya menyatakan pelancaran PS5 akan dibuat pada 'Holiday 2020' nanti.
Berkaitan
- Sony Menghasilkan Peranti Penyejuk Udara Mudah Alih Yang Boleh Dimuatkan Ke Dalam Poket
- Pembangun WannaCry Dan Penggodam Sony Dikenakan Tindakan Oleh A.S
- Menegakkan Konsol PS5 Anda Akan Menjahanamkannya - Pakar
- Sony Dilaporkan Sedang Membangunkan Telefon Pintar Yang Boleh Digulung
- Spesifikasi Rasmi Konsol Permainan PlayStation 5 Didedahkan
- Judul Permainan PS5 Yang Boleh Dimainkan Pada Kadar Bingkai 120fps Setakat Ini
- Benarkah Sony Akan Menghasilkan Alat Kawalan PS5 Bertemakan McDonald's?
- Firma Malaysia Akan Turut Sama Membantu Pembangunan Permainan PlayStation Tahun Hadapan
- Sony Xperia 1 IV Rasmi Dilancarkan, Tiada Kabel Dan Pengecas Di Dalam Kotak
- Ini Gambaran Awal Yang lebih Jelas Perbandingan Saiz Konsol PS5, Xbox Series S Dan Series X